Kadangkala kita tertanya-tanya dalam hati kenapa telur dadar di kedai makan selalunya garing, apakah rahsia mereka menggoreng hingga telur dadar dibuat begitu rangup dan enak dimakan.

Nah, rahsia yang bakal membuatkan anda mahu makan di rumah sahaja kerana amat mudah untuk membuat telur dadar garing/sarang:

Bahan

1 biji telur
2 1/2 sudu besar air putih/paip
Sedikit garam
Minyak yang banyak

Cara-cara

– Panaskan kuali dengan api besar, tuang minyak yang banyak.
– Kacau telur, masukkan air, kacau lagi hingga telur berbuih.

– Lepas tu, tuang telur dalam minyak yang panas, angkat mangkuk tinggi-tinggi supaya telur jatuh dengan tali halus dalam kuali.
– Tutup api besar/kecilkan api.
– Bila dah nampak tepi garing, boleh terbalikkan.
– Terbalikkan lagi sekali bila dah garing. Angkat dan toskan.
– Jika anda tidak suka telur terlalu garing, boleh kurangkan masa menggoreng.
– Siap! Selamat mencuba 🙂

Sumber: Fb Alia Ismail