Kes kehilangan dan kematian kanak-kanak berusia tiga tahun yang menyayat hati, mayat Nur Aisyah Aleya Abdullah, tiga tahun, ditemui pagi tadi hanya tinggal cebisan rambut dan tengkorak oleh anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia(PDRM).

Lelaki yang didakwa membuang mayat mangsa dikatakan melakukan perbuatan tersebut kerana panik selepas isterinya memberitahu bahawa kanak-kanak malang itu sudah tidak bernyawa lagi.

Selepas mengetahui kanak-kanak perempuan itu sudah tidak bernyawa, lelaki itu mengambil tindakan dengan membuang mayat mangsa ke Jalan Gunung Raya, Langkawi.

kosmo.com.my

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid, memberitahu bahawa siasatan awal polis mendapati suspek mengatakan mangsa tiba-tiba jatuh sakit sebelum meminta isterinya yang juga seorang jururawat memeriksa mangsa.

“Setakat ini dia (suspek) mendakwa mangsa jatuh sakit, namun kita masih menyiasat motif sebenar dia bertindak sedemikian. Dakwaan mangsa mengalami sawan juga tidak boleh disahkan lagi kerana masih dalam siasatan,” ujarnya.

Terdahulu, ibu mangsa, Rosmaliah Samo, 31 tahun, membuat laporan polis pada Ahad lalu selepas suspek memberitahu anak perempuannya diserahkan kepada pihak ketiga untuk dijaga.

Sumber: Harian Metro