Tular di laman sosial gambar sebuah kereta merempuh palang tol hingga termasuk ke bahagian tempat duduk pemandu dan penumpang bahagian depan.

Difahamkan, punca kejadian tersebut dipercayai akibat pemandu Toyota Vios berpelekat P itu leka menggunakan telefon bimbit seterusnya merempuh palang besi Plaza Tol Sungai Dua, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, semalam.

Semasa kejadian pukul 7.50 pagi, lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan gagal memberhentikan kenderaannya sebelum merempuh palang tol.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten, Komisioner Noorzainy Mohd Noor, menjelaskan bahawa akibat rempuhan itu, palang tol tidak patah sebaliknya melentur dan terperosok ke dalam kereta.

“Pemandu berkenaan mendakwa gagal menekan brek kerana terleka sebelum merempuh palang tol. Mangsa bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan,” ujarnya.

Kemudian, pemandu lelaki tersebut disaman berikutan kejadian itu.

Sumber: Harian Metro