Tak semua orang mampu bekerja dalam keadaan selesa seperti kerja di dalam bangunan, sentiasa memasang penghawa dingin, pakaian kemas dan sebagainya.

Baru-baru ini, penyanyi Akim Ahmad memuatnaik satu gambar bersama seorang pakcik yang bekerja sebagai pengutip sampah di lebuhraya dari Maran ke Gambang, Pahang, semasa dia menyertai acara Fast Bike dari Kuala Terengganu, Terengganu ke Bukit Tinggi.

Hari sabtu tempoh hari, aku bergerak dari Kuala Terengganu ke Bukit Tinggi untuk event Fast Bike untuk tahun ke 5 mereka bersama geng-geng triumph yang lain. Perjalanan memang jauh nokharom, jadi aku berhenti di RNR Gambang, isi minyak, rokok sebat dan minum air sambil-sambil live le konon-konon. Selepas aku berehat sebentar kat RNR Gambang, aku pun sambung perjalanan, ngam-ngam gerak hujan pun menyembah bumi. Aku pun berehatlah sebentar kat tepi jalan di bawah jambatan (lokasi tak pastilah, yang pasti lepas rnr gambang). Aku pun berhenti. Terserempaklah aku dengan pak cik (dalam gambar). Dia bekerja kutip sampah di lebuh raya, dari maran ke gambang. Jadi berceritalah aku dengan pak cik ni di temani bunyi air hujan yang terjun dari langit. Apakah yang aku ceritakan. Ok, pak cik ni pun SLP (sesi luahan perasaan) betapa BENGANGnya dia dengan pengguna lebuhraya. Pahamlah kalau tak nak kereta kotor. Tapi dibuangnya pulak tin botol dan sampah yang lain, pak cik ni cakap bahaya untuk orang yang bekerja macam dia, kadang sampah tu dekat tengah pembahagi jalan, tersangatlah risiko, bukan untuk diri dia je, tapi pengguna lebuhraya yang lain. Mungkin korang yang buang sampah keluar dari kereta di lebuhraya tu ada alasan korang, tapi alasan apakah korang nak bagi bila nasi dah jadi bubur? Sayangilah pengguna jalanraya yang lain. Dan sayangilah mereka yang bekerja untuk settlekan kerja separuh-separuh anda tu. Macam gambar aku sebelum ni, “apa-apa pun dari kita saja baitu”. Impossible is made by you…

A post shared by Akim Ahmad (@akimahmad) on

Menurutnya, pakcik tidak diketahui nama itu meluahkan perasaan mengenai sikap pengguna lebuhraya yang suka membuang sampah di lebuhraya. Kot ye korang pun taknak kereta kotor takkan tak boleh simpan sampah sendiri kejap sebelum sampai tempat yang ada tong sampah?

“Kadang sampah tu dekat tengah pembahagi jalan, tersangatlah risiko, bukan untuk diri dia je, tapi pengguna lebuhraya yang lain,” tambahnya.

Disebabkan posting itu mendapat perhatian luar biasa, ramai yang menyokong nasihat penyanyi tersebut dan berharap rakyat Malaysia lebih terbuka minda selepas membaca posting berkenaan.

Fikir dulu sebelum korang senang-lenang buang sampah ikut tingkap kereta. Ingat, nyawa seseorang boleh tergadai hanya kerana sikap tidak bertanggungjawab pengguna lebuhraya.

Sumber: IG Akim Ahmad