Selepas pengasuh durjana yang mengakibatkan kematian adik Adam Rayqal ditahan, pelbagai reaksi kita boleh lihat di media sosial apabila kes ini menjadi viral.

Menurut seorang pengguna Facebook, dia memberitahu rakannya yang dikenali sebagai Zack Kiddo, menghantar dua orang anaknya ke pengasuh yang sama.

Malah, anak rakannya juga menyaksikan perbuatan kejam pengasuh itu terhadap Adam hinggakan dia boleh menceritakan perlakuan pengasuh tersebut dengan jelas.

“Baby tu nangis, auntie goyang-goyang baby pastu pukul-pukul, goyang-goyang kepala baby. Tapi, auntie tu baik bagi makan nasi dengan lauk ayam. Papa sayang Hayyan tak?” ujar anak Zack.

Kanak-kanak itu mungkin berasa takut lepas melihat kejadian kejam itu di depan mata, namun pengasuh itu memberinya makan dengan elok iaitu nasi dan lauk ayam.

Hasil bedah siasat mayat Adam mendapati bayi malang itu sebenarnya meninggal dunia akibat kecederaan di kepala hasil daya objek tumpul.

Sumber: Fb Hamdan ‘sarjantulang’ Ramli