Pasport dari negara Asia kebanyakannya berjaya menguasai tangga teratas pasport terbaik dunia dengan jumlah paling banyak negara boleh dilawati tanpa visa.

Gambar sekadar hiasan

Baru-baru ini, Henley & Partners Passport Index telah mengeluarkan senarai pasport terbaik dunia bagi tahun 2019.

Gambar sekadar hiasan

Difahamkan, pasport negara Jepun berada di tempat teratas bersama Singapura dan Korea Selatan dengan memiliki jumlah 189 negara boleh dilawati tanpa visa.

Negara Jerman menduduki tempat kedua dengan 188 negara boleh dilawati tanpa visa diikuti oleh pasport Perancis, Denmark, Finland, Itali dan Sweden dengan 187 buah negara boleh dilawati tanpa visa.

Gambar sekadar hiasan

Manakala, Malaysia pula menduduki tempat ke-13 pasport terbaik dunia dengan 177 negara boleh dilawati tanpa visa, malah dapat mengatasi kedudukan Brunei dan Arab Saudi yang berada di kedudukan ke-21.

Segala maklumat pasport terbaik dunia dikeluarkan oleh Henley & Partners Passport Index ini adalah berdasarkan data sahih daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa(IATA).

Top 10 Pasport Terbaik Dunia

1. Jepun, Singapura, Korea Selatan — (Boleh lawati 189 negara tanpa visa)

2. Jerman — (Boleh lawati 188 negara tanpa visa)

3. Perancis, Denmark, Finland, Itali, Sweden — (Boleh lawati 187 negara tanpa visa)

4. Luxembourg, Sepanyol — (Boleh lawati 186 negara tanpa visa)

5. Austria, Netherlands, Norway, Portugal, Switzerland, Amerika Syarikat — (Boleh lawati 185 negara tanpa visa)

6. UK, Belgium, Canada, Greece, Ireland — (Boleh lawati 184 negara tanpa visa)

7. Republik Czech — (Boleh lawati 183 negara tanpa visa)

8. Malta — (Boleh lawati 182 negara tanpa visa)

9. Australia, Iceland, New Zealand — (Boleh lawati 181 negara tanpa visa)

10. Hungary, Latvia, Lithuania, Slovakia, Slovenia — (Boleh lawati 180 negara tanpa visa)

Sumber: Wanista