Dari segi syarak, umat Islam wajib membayar zakat pada kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu, menurut Zakat Selangor.

Zakat adalah wajib kepada setiap umat Islam dan merupakan rukun Islam kelima. Banyak hikmah yang kita boleh dapat apabila mensyariatkan zakat.

Seorang pengguna Facebook, Md Afiq Md Rahim, berkongsi cara kiraan zakat pendapatan bagi anda yang baru belajar mengenai bayaran zakat.

Menurutnya, zakat perlu dibayar jika ianya cukup haul dan nisab. Haul bermaksud cukup tempoh pemilikan barang yang dikenakan zakat selama setahun manakala nisab pula bermaksud satu jumlah di mana jika harta melebihi jumlah tersebut, diwajibkan zakat.

Difahamkan, anda perlu mengikuti kiraan di atas ini langkah demi langkah untuk mudah difahami bermula dari kira semua jumlah pendapatan anda.

Selain itu, Afiq juga memberi contoh situasi dengan kiraan yang lebih jelas dan bagaimana untuk mengira zakat tanpa tolakan atau dengan tolakan.

Bukan itu saja, anda boleh mengira menggunakan kalkulator kiraan zakat online di beberapa pusat zakat negeri. Jika tiada, pegawai yang bertugas boleh mengira bayaran zakat untuk anda.

Sumber: Fb Md Afiq Md Rahim