Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, memberi sedikit nasihat kepada penyokong bola sepak Malaysia selepas kemenangan Malaysia menentang Indonesia malam tadi.

Menurutnya, penyokong bola sepak diharap dapat tampil dengan akhlak yang baik ketika menjadi tuan rumah kelak.

Selain itu, Dr Zulkifli turut meminta semua penyokong Harimau Malaya supaya mencontohi akhlak dan kebesaran jiwa Rasulullah SAW.

“Di kesempatan ini juga ingin kami gunakan untuk menyeru seluruh penyokong Harimau Malaya untuk tampil dengan akhlak yang baik saat kita sebagai tuan rumah melayan penyokong pasukan pelawat nanti,” menurut kenyataannya.

“Ketinggian akhlak kita cerminan ketinggian mentaliti rakyat berkelas tinggi dunia. Contohilah akhlak dan kebesaran jiwa baginda Rasulullah SAW. Semoga ukhuwah Islamiyah kita akan terus subur. Insya-Allah,” jelasnya.

Sumber: Astro Awani