Sejak kebelakangan ini jika kita perhatikan, gaya wanita bertudung kini makin singkat malah kelihatan seperti hanya membaluti tengkuk sahaja.

Walaupun ia digelar sebagai fesyen, namun ia tak menutup aurat sepenuhnya. Berikutan itu, Adam Corrie Lee sempat memberi nasihat kepada wanita berhijab yang gemar memakai fesyen tudung sebegitu.

“Jangan tag sesiapa , sebut nama sesesiapa dan brand sesesiapa dgn tujuan nak buat org lain terasa dan diaibkan. Itu bkn cara Rasulullah SAW berdakwah
.
. “Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka”. (An-Nur : 31), .
.
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anakmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya (tudung kepala yang labuh menutupi dada) ke tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal dan tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzaab: 59)
.
Kita fahamkan ayat yg Allah turunkan ini, ayat ini ditujukan pada para suami dan bapa. Para suami dan bapa bertanggungjawab memastikan isteri dan anak2 perempuannya berpakaian yg mengikut syariat.
.
Lelaki dan wanita kena saling membantu menjaga maruah diri dan keluarga.
.
. “Sesunggunya wanita itu adalah aurat. Apabila dia keluar (dari rumahnya), syaitan akan menjadikan dia cantik (pada pandangan lelaki). Dan dia akan jauh daripada kasih sayang Allah Taala melainkan apabila dia berada di dalam rumahnya.”
[Riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Hibban]
.
Sebagai lelaki, sy kena tundukkan pandangan utk elakkan dpt dosa. Itulah ujian utk kami kaum adam.
.
Tak perlu tag kawan-kawan kalau nak tegur mereka. Nak tegur kawan-kawan biarlah berhikmah. Jaga air muka kawan-kawan kita. Kita tutup aurat sempurna bkn hak utk mengaibkan kawan kita.
.
Kita bkn nak mengumpat dan aibkan sesiapa.
Doakan mereka itu lebih baik daripada mengaibkan mereka.
Hidayah itu milik Allah.
.
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang”

Tak salah jika mahu mengikut trend tudung terkini tapi jangan pula sampai tak menutup aurat dengan betul. Walau apapun, terpulang kepada individu jika mahu menerima teguran atau tidak tetapi teguran yang diberi oleh Adam Corrie amat ringkas dan mudah difahami.

Sumber: IG Adam Corrie Lee