Sedang cuba untuk mengandung? Apa kata cuba ubah diet anda dan pasangan anda dulu sebelum membuat keputusan untuk menjalani rawatan kesuburan yang invasif?

Lima jenis makanan ini mengandungi nutrisi penting yang boleh membantu meningkatkan kesuburan dan sistem imun anda.

Namun, jangan lupa mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan bersenam, minum air secukupnya dan kurangkan stress!

  • Makanan berserat

via GIPHY

Pengambilan makanan yang cukup serat boleh membantu menyeimbangkan sistem hormon untuk suami dan isteri. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber serat yang terbaik untuk sistem penghadaman kerana ia lebih senang dihadam. Selain itu, cubalah makanan seperti flaxseed yang juga mempunyai kandungat serat yang tinggi.

  • Makanan kaya zink

via GIPHY

Ada pelbagai pilihan makanan yang kaya dengan zink termasuklah kekacang, telur, buah mangga, biji labu, ikan dan tiram. Kajian menunjukkan zink memainkan peranan yang penting untuk kesuburan, baik untuk wanita atau lelaki. Zink memainkan peranan yang penting untuk hormon kesuburan wanita dan juga meningkatkan kesihatan sperma lelaki.

  • Madu asli

via GIPHY

Madu asli yang tidak diproses adalah makanan kesuburan terbaik untuk setiap pasangan. Hadiah dari alam ini mengandungi nutrien penting yang boleh membantu menguatkan ovari dan kualiti sperma. Namun, pastikan ia adalah madu asli yang tidak diproses dan tidak ditambah dengan gula.

  • Makanan tenusu penuh lemak

via GIPHY

Ada pendapat yang menyatakan bahawa makanan tenusu tidak digalakkan ketika mengandung atau cuba mengandung. Walau bagaimanapun, ada juga kajian yang menunjukkan bahawa ia boleh meningkatkan paras estrogen dan progesteron yang boleh meningkatkan kesuburan.

  • Bawang putih

via GIPHY

Bawang putih adalah salah satu makanan terbaik yang penuh khasiat, termasuklah untuk kesuburan. Ia mengandungi vitamin dan mineral yang bermanfaat untuk pasangan yang sedang cuba mengandung. Ia membantu memperbaiki kualiti sperma dan juga meningkatkan daya tahan badan kerana sifatnya yang anti-viral dan anti-bakteria.

Sumber: suri makchic