Penyanyi kelahiran Malaysia yang semakin dikenali di persada Antarabangsa, Yunalis Zarai atau lebih mesra dipanggil Yuna sememangnya seorang artis yang sangat bekerja keras untuk menjadi penyanyi.

Kini, dia berjaya berkolaberasi bersama penyanyi antarabangsa seperti Usher, Jhene Aiko dan DJ Premier dan mempunyai ramai peminat di Amerika Syarikat (AS).

Walau bagaimanapun, tak ramai yang tahu cabaran yang ditempuhi Yuna bersama pengurus peribadinya, Wawa untuk kecapi apa yang dia ada sekarang.

Menurut instastory Yuna, dia berterima kasih kepada Wawa yang setia menemani serta mengurus kerjaya seninya semasa dia baru menceburi bidang hiburan dengan menyertai gig dan sebagainya.

Malah, dia pernah mengalami masalah kewangan dan disebabkan pernah melalui pelbagai pengalaman pahit, mereka berpakat untuk menubuhkan Yuna Room Records dan menguruskan beberapa artis indie tempatan.

Ramai peminat artis bersuara unik itu terharu dengan ucapan ringkas tersebut. Bukan mudah untuk berjaya tetapi itu yang membuatkan kejayaan Yuna bermakna untuk dirinya.

Sumber: Twitter @nurrafiqahh_