Siapa yang tidak rindukan zaman kanak-kanak kerana pada masa itulah kita bebas melakukan apa saja terutama dapat bermain dengan rakan-rakan tanpa memikirkan masalah lain.

Namun, lain bagi seorang budak lelaki bernama Sharif ini kerana dia membantu ibunya menjual durian di depan Maybank Seri Kembangan.

Pelajar Sekolah Kebangsaan Alam Damai ini agak petah bercakap dan seorang lelaki, Azhar Jalil, merekodkan perbualan mereka di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Agak panjang perbualan mereka berdua ini dan dilihat adik Sharif suka bertanya perkara yang terlangkau oleh fikiran kita hinggakan Azhar tidak dapat menjawabnya.

Difahamkan, budak berusia lapan tahun itu sedikit nakal mungkin kerana dia masih kecil serta suka menyakat orang lain.

Antara kesan yang pernah diterima akibat kenakalannya ialah kaki tersangkut di rantai motor hingga hampir separuh isi kaki hilang dan kepala kena jahit kerana langgar kipas.

Walau bagaimanapun, Sharif seorang kanak-kanak yang pintar di sekolah berbanding adik-beradiknya yang lain.

“Kat sekolah mengantuk tak? Sharif geleng kepala. Dia cakap nak kerja besar. Supaya gaji besar. Nanti tak payah meniaga durian lagi,” tulis Azhar.

Walaupun adik Sharif baru darjah dua, namun dia sudah berfikir jauh mengenai masa depannya. Semoga adik dapat mencapai cita-cita adik satu hari nanti okay? 🙂

Sumber: IG Azhar Jalil