Pulau Perhentian di Terengganu merupakan salah satu destinasi popular dalam kalangan pelancong luar negara kerana airnya jernih, pasir pantai yang putih bersih dan banyak hidupan laut yang menarik.

Selain itu, antara lokasi menjadi tumpuan pelancong ialah Windmill Perhentian atau Kincir Angin Pulau Perhentian di Perhentian Kecil.

Seorang pengguna laman Instagram, Faiz Azmy berkongsi beberapa gambar terkini mengenai keadaan Windmill Perhentian tersebut yang dilihat begitu membimbangkan dan boleh membahayakan nyawa pelancong.

1. Besi berkarat dan mulai mereput

2. Banyak laluan sudah berlubang

3. Sampah dibuang merata

4. Udara masin punca pemegang besi berkarat

5. Jalan mendaki tangga berlubang teruk

6. Harap pihak berkuasa ambil tindakan

Sumber: Siakap Keli & Faiz Azmy