Dalam zaman serba canggih ini, media sosial merupakan medium penting untuk menyalurkan maklumat serta berkongsi maklumat diri di pelbagai laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan banyak lagi.

Malah, dakwah juga boleh disebarkan melalui media sosial dengan pendekatan seperti gambar atau video. Cara itu dipraktikkan oleh PU Azman dalam menyampaikan dakwahnya kepada orang ramai terutama golongan muda.

Baru-baru ini, PU Azman mengupas isu “Hukum ‘tag’ nama kawan di media sosial” yang dilihat semakin tidak terkawal dalam kalangan kita.

Menurutnya, hukum tag atau mention rakan boleh jatuh haram jika seseorang itu berniat untuk memalukannya atau mengaibkannya.

Oleh itu, dia menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan perbuatan kita kerana ia boleh jatuh hukum haram bergantung pada niat.

Malah, PU Azman turut memberitahu adalah lebih baik jika kita memberi mesej secara peribadi jika tagging itu akan memalukan dirinya.

Sumber: IG PU Azman