Dalam bulan Ramadan ini pasti golongan ibu atau mereka yang memasak akan berasa sedikit gusar mengenai rasa masakan malah beranggapan tidak boleh merasa makanan kerana berpuasa, kan?

Gambar sekadar hiasan

Bukan mudah untuk kita berasa yakin bahawa masakan dimasak betul-betul cukup rasa seperti yang dikehendaki kecuali mereka yang sudah lama memasak.

Antara persoalan-persoalan yang bermain di minda kita selepas memasak ialah cukupkah garam yang diletak tadi? Masakan tawar atau tidak? Terlalu pedas atau masam?

Berikut merupakan penjelasan daripada Ustazah Nazirah Nur Mukmin, mengenai hukum merasa makanan yang dimasak untuk berbuka:

“Ulama berpandangan kalau dikecap sikit di hujung lidah adalah dibolehkan dan tidak membatalkan puasa.

Ibnu Abbas R. Anhuma berkata:

Tidak mengapa seseorang yang sedang berpuasa mencicipi cuka atau sesuatu, selama tidak masuk sampai ke kerongkong.”

Diharap dengan penjelasan daripada Ustazah Nazirah dapat membantu golongan isteri dan mereka yang memasak untuk juadah berbuka dengan lebih yakin dan tenang. Besar pahala menyediakan juadah berbuka bagi orang yang berpuasa tau 🙂

Sumber: Hijabista