Umum mengetahui pasangan selebriti, Jep Sepahtu dan Sari Yanti telah menimang cahaya mata perempuan pada 26 April lepas.

Setelah beberapa hari menjadi seorang ayah kepada bayi perempuan yang sangat comel, hari ini Jep berkongsi gambar wajah anak perempuan mereka di laman sosial Instagaram.

“SUBHANALLAH.. DARIYA INARA,” tulisnya di ruangan caption gambar sambil menulis tanda pagar #AnakAbah. Tembam betul Dariya Inara!

Memang comel puteri sulung pasangan artis yang disayangi ramai ini. Ramai peminat memuji kecomelan Dariya Inara di ruangan komen gambar.

Semoga Dariya Inara dan Sari Yanti berada dalam keadaan sihat dan rasanya tak terlambat untuk kami mengucapkan tahniah kepada Sari dan Jep atas kehadiran puteri sulung manis ini. Congratulations guys!

Sumber: IG Jep Sepahtu