Air kelapa merupakan pilihan utama apabila kita bersantai di tepi pantai kerana ia sungguh menyegarkan di samping ia mudah didapati.

Malah, ia turut mempunyai banyak khasiat seperti dapat menurunkan suhu badan jika kita mengalami demam. Oleh sebab itu, kita selalu digalakkan untuk minum air kelapa jika demam.

Gambar sekadar hiasan

Namun, air kelapa juga mempunyai fungsi lain seperti dapat mengurangkan rasa gatal di kepala serta kelemumur jika anda menggunakannya secara konsisten.

Bahan

Gambar sekadar hiasan

1/2 gelas air kelapa

Cara-cara

– Picit kulit kepala anda yang telah dibasahkan dengan air kelapa dalam gerakan berputar.
– Lakukan selama lima minit hingga ke 10 minit.
– Sapukan pula air kelapa di seluruh rambut bermula dari pangkal rambut sehingga hujung rambut anda.
– Biarkan selama 20 minit dan kemudian bilas dengan air biasa.

Untuk hasil terbaik, anda disarankan melakukan urutan rambut sekali seminggu. Selain itu, anda boleh tambah satu sudu besar perahan limau nipis atau madu atau cuka jus epal ke dalam air kelapa untuk lebih berkhasiat.

Sumber: Cari