Dua langkah penting harus dilaksanakan oleh kerajaan negara ini sebaik Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) ditamatkan bagi mengelak penularan semula wabak Covid19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan bahawa dua langkah itu adalah antara enam langkah yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) untuk dilaksanakan selepas PKP.

“Langkah pertama ialah kawalan sempadan untuk mengawal kemasukan kes import. Kalau tiada kawalan sempadan, kes import boleh membawa virus (Covid19) ke negara kita,” ujarnya.

“Kedua ialah kawalan pergerakan di mana kita nak kurangkan kebolehjangkitan. Sekarang ini kita ada 2,041 kes kebolehjangkitan dan itu tinggi,” jelasnya.

“Kita kena sekat virus menjangkiti orang ramai. Walaupun kita ada kes positif tetapi mereka diasingkan di hospital dan tak menjangkiti orang lain,” katanya.

Antara empat langkah lain ialah melindungi golongan berisiko, memantapkan sistem kesihatan, pengamalan kebiasaan baru dan mengenalpasti kawasan jangkitan.

Sumber: Harian Metro