Sejak berita penahanan bekas perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ramai yang membuat spekulasi sendiri mengenai nasib Najib yang bakal didakwa pada 4 Julai 2018 (esok) pukul 8.30 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur.


Walaupun begitu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, berdoa agar Najib dilayan dengan baik memandangkan dia merupakan seorang bekas perdana menteri negara ini selain menjaga maruah dan air muka.

Gambar sekadar hiasan

“Saya berdoa beliau dan keluarga diberi keadilan sebaik-baiknya. Itulah perjuangan reformasi,” tulisnya di akaun laman Twitter miliknya pada tengahari tadi selepas mendapat berita mengenai penahanan bekas Presiden UMNO itu.

Sumber: Twitter Rafizi Ramli