Mas Idayu telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 50 tahun pada Khamis lalu. Penyanyi dangdut yang terkenal itu mendoakan semoga dirinya dijauhkan daripada musuh dalam selimut.

Penyanyi itu terbuka menerima kehadiran sesiapa sahaja dalam hidupnya, namun katanya, dia sentiasa berhati-hati dalam perjalanan hidupnya.

“Semoga tiada musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan,” itu antara doa yang diucapkan Mas Idayu sempena sambutan hari jadinya ke-50 dalam entri Instagramnya.

Dalam masa yang sama, Mas Idayu berharap individu yang sentiasa berada di sampingnya akan selalu ikhlas.

Berita Harian

“Di setiap genapnya 10 hari tahun baru, itulah hari bertambahnya usiaku hari kelahiran ku terima kasih Allah memberi pinjaman nafas ini hingga kini.

“Semoga mereka yang sentiasa di dekatku akan selalu ikhlas sayang padaku, tanpa ada keluh, kesah, dan rasa tidak ikhlas atau terpaksa menyayangi aku….

“Kerana di setiap waktu aku menerima sesiapa saja yang ingin hadir untuk bersahabat, menjadi saudara Islam yang sesungguhnya. Semoga di sekeliling hamba tiada musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan!!

“Kerana hamba seorang manusia yang ikhlas menerima sahabat, untuk dijadikan saudara apa adanya … hamba ikhlas walaupun siapapun menjadi teman hamba,” tulis Mas Idayu.

View this post on Instagram

Di setiap genapnya 10hari tahun baru, itulah hari bertambahnya usiaku hari kelahiran ku tq Allah memberi pinjaman nafas ini hingga kini, semoga mereka yang sentiasa didekatku akan selalu ikhlas syg padaku, tanpa ada keluh, kesah, dan rasa tidak ikhlas atau terpaksa menyayangi aku…. kerana disetiap waktu aku menerima sesiapa saja yang ingin hadir utk bersahabat , menjadi saudara islam yang sesungguhnya … semoga dikeliling hamba tiada musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan!! Kerana hamba seorang manusia yang ikhlas menerima sahabat, untuk di jadikan saudara apa adanya … hamba ikhlas walaupun siapapun menjadi teman hamba….. ????? tq semua tq sahabat semoga anda juga ikhlas untuk bersamaku.. ???????

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001) on

Sumber: Awani