Pelakon dan pengacara cantik manis, Zulin Aziz, selalu berkongsi idea masakan dan juga tips untuk mengurangkan berat badan di akaun laman Instagram miliknya.
Selepas kita menyambut Hari Raya Puasa pada bulan lepas, berat badan kita pasti bertambah hasil ‘Rumah Terbuka’ sanak saudara, keluarga terdekat dan juga rakan-rakan. Anda boleh cuba menu diet yang dikongsikan oleh Zulin di bawah ini.
Oleh itu, Zulin berkongsi menu diet untuk tujuh hari yang anda boleh ikuti jika anda mahu mengurangkan berat badan dengan cara yang betul.
“Untuk telur ni saya akan buang kuningnya. Ikut koranglah nak diet macamana jangan tiru saya. Ikut kemampuan badan sendiri ya sayang-sayang. Tanya pada yang pakar,” tulisnya.
Selain itu, Zulin turut menambah dia mengamalkan minum teh hijau pada setiap hari tanpa gula. Malah, dia telah turun 2 kilogram (kg) selepas tiga hari mengamalkan diet serta minum teh hijau.
Sumber: IG Zulin Aziz