Bermula esok (15 Januari), anda boleh menebus RM30 kredit insentif eTunai Rakyat. Sebelum ini, Belanjawan 2020 telah memperuntukkan sebanyak RM450 juta bagi pelaksanaan insentif eTunai Rakyat.

Walau bagaimanapun, hanya tiga jenis eWallet saja yang disahkan oleh kerajaan Malaysia untuk pelaksanaan insentif tersebut iaitu Boost, Grabpay dan Touch n Go.

Untuk pengetahuan anda, insentif berkenaan boleh ditebus sekali saja bagi setiap rakyat Malaysia mengikut syarat-syarat yang ditetapkan iaitu warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas bagi tahun ini (2020) serta pendapatan tidak lebih daripada RM100,000 setahun.

Berikut merupakan senarai aplikasi eWallet yang disahkan oleh kerajaan untuk pengagihan insentif yang bakal diterima esok:

Boost

  • Muat turun aplikasi Boost di App store atau Google play.
  • Masukkan maklumat yang diperlukan dan ikut arahan selanjutnya.
  • Upgrade kepada Boost Premium.
  • Sahkan atau verify akaun Boost.
  • Dapatkan RM5 cashback jika anda berbelanja RM10 yang pertama.
  • Klik “Get ready to claim e-Tunai” dan ikut arahan yang diberikan.
  • Tebus e-kredit RM30 dan lain-lain ganjaran ekslusif bermula 15 Januari 2020.

Grabpay

  • Muat turun aplikasi Grab di App store atau Google play.
  • Aplikasi Grabpay ini sememangnya ada di dalam aplikasi Grab.
  • Aktifkan GrabPay.
  • Masukkan nama dan nombor kad pengenalan (IC).
  • Ambil gambar kad pengenalan.
  • Tekan hantar. Anda akan terima pengesahan jika semuanya dihantar dengan betul.
  • Kemudian, tekan dan tebus RM30 bermula 15 Januari 2020.

Touch n Go

  • Muat turun Touch’nGo eWallet di App store atau Google play.
  • Sahkan akaun Tonch’nGo eWallet.
  • Tebus e-kredit RM30 dan lain-lain ganjaran ekslusif bermula 15 Januari 2020.

Sumber: Kerjaya.co & Maukerja.My