Berdakwah bukannya mudah kerana tak semua orang dapat menerima dakwah seseorang melainkan dia melakukannya dengan cara yang betul.

Baru-baru ini, seorang pengguna laman Facebook, Afnan Rosli, berkongsi cerita mengenai seorang ‘wira’ sebenar yang ditemuinya di Bangi.

Menurutnya, dia ternampak seorang pakcik menahan kereta di atas lebuhraya dan menumpangkannya hingga ke destinasi yang dituju.

Nama beliau Mohd Kamal Liew Bin Abdullah. Beliau seorang Muallaf. Dah 20 Tahun masuk Islam. Lepas masuk Islam keluarga buang beliau.

Jadi pakcik Kamal terpaksa merempat di Masjid2, dalam lori, bawah Jambatan. Kerja pun tak boleh buat kerja berat, sebab beliau pernah Lumpuh jatuh dari tingkat 3.

Cara berdakwah

Apa yang menarik nya. Pakcik Kamal ni. Beliau buat keputusan yang saya rasa takde siapa pun antara kita sanggup buat. Beliau kata dari beliau merempat je, baik beliau berdakwah.

Setiap hari abang Kamal akan tahan kereta dari tol Sungai Besi ke arah tol Kajang or Bangi. Bila sampai sana beliau akan tahan kereta lain untuk balik ke Tol Sungai Besi. Bunyi macam Pelik kan?

Pakcik Kamal buat macamtu sebab beliau kata kalau orang bukan Islam tumpangkan, beliau akan Dakwah sampaikan Islam. Kalau orang Islam tumpangkan, beliau akan ingatkan tentang Islam.

Yang best nya, beliau kata malam ni malam minggu, saya kena kerja lebih sikit la, sebab malam minggu ramai budak2 muda keluar enjoy2. Saya boleh dakwah lebih. Fuhh!!

Bayangkan, Pakcik Kamal dah buat kerja ni Berbelas Tahun dah. Beliau dah berjaya Islamkan 20 orang dah setakat ni. MasyaAllah. Menangis saya dengar ni. Saya dengan berbaju Coat tadi, tertanya tanya, berapa orang dah aku tarik pada Islam?

Pernah pergi umrah tiga kali

Yang lagi Menarik. Beliau ni takde income. Tapi Alhamdulillah Rezeki tak pernah putus. Umrah dah 3Kali pergi. Semua orang sponsor. 3KALI tuan2!! Sapa taja pun beliau tak tahu.

Kita yang kerja siang malam ni berapa kali dah Allah jemput?

Bak kata Ustaz Ebit Lew. Ada orang, dia tak terkenal oleh penduduk bumi, tapi Seluruh Penduduk Langit Kenal dia. Ada orang, dia tak kaya di dunia. Tapi di Akhirat beliau lah orang paling KAYA RAYA.

Bila saya tanya pada diri, nak buat dakwah entah bila la aku ni. So saya decide untuk Kongsi kan Kisah Pakcik Kamal supaya lebih ramai tahu tentang kerja dakwah beliau.

Kalau anda lalu di Highway Kajang Sungai Besi jumpa Pakcik, tumpangkan lah. Hulur la sedikit sumbangan. Sekurang kurang nya ada sumbangan kita untuk Dakwah.

Saya tinggalkan no. Phone beliau 0163700043 kalau anda rasa nak jumpa atau bagi sumbangan. Tadi masa saya hulur duit beliau kata saya tak mintak duit tuan. Saya cuma nak sampaikan Dakwah. Subhanallah.

Saya bagitau beliau, saya ada lebih 20K Followers di FB. InsyaAllah saya sampaikan pada mereka.

Jadi saya mohon anda tolong #SHARE kisah Pakcik Kamal moga2 menjadi ASBAB HIDAYAH pada orang lain InsyaAllah.

Sumber: Fb Afnan Rosli