Ramai yang tidak tahu buah epal yang dijual di pasar raya sebenarnya telah disaluti dengan lapisan lilin agar kelihatan segar.

Lapisan lilin tersebut agak sukar untuk ditanggalkan walaupun dicuci dengan air. Namun, anda boleh menghilangkannya dengan menggunakan bahan-bahan di bawah ini:

Bahan

1 sudu besar air jus lemon
1 sudu besar soda bikarbonat
1 mangkuk air suam

Cara-cara

arbamedia.com

– Masukkan jus lemon dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk yang berisi air suam.
– Kemudian, masukkan buah epal.
– Sapu kulit buah epal dengan tangan atau berus dengan perlahan.
– Selepas itu, bilas dengan air bersih.
– Siap! 🙂

Sumber: Cari