Jenama kasut antarabangsa, Vans, tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ia amat popular dalam kalangan remaja dan dewasa terutama bagi mereka yang meminati skateboard atau sekadar meminati design kasut itu sendiri yang pada kami amat menarik.

Artis dan pelukis dari negara Asia diberi peluang untuk berkongsi karya mereka menerusi House Of Vans, satu inisiatif daripada jenama berkenaan untuk mencungkil bakat baru dari negara-negara Asia.

Salah satu bakat dicungkil oleh Vans ialah Kide Baharudin. Kide menyertai pertandingan Vans Asia Custom Culture 2017 dan merupakan salah seorang finalis pertandingan tersebut.

“Kide adalah salah seorang finalis Asia Custom Culture tahun lalu dan gaya ilustrasi beliau juga sangat vibrant, energetik dan selari dengan semangat Off The Wall,” ujar direktor kreatif Vans APAC, Justice Lee.

“Setiap rekaan saya akan mulakan dengan random sketches dan research terlebih dahulu. Idea juga datang dari buku, internet dan tempat yang saya pernah pergi. Jadi setiap idea itu akan datang dan menjadi satu cerita. Saya juga suka untuk tambah elemen humor serta elemen tempatan dan sejarah dalam karya saya,” kata Kide.

Memang nampak menarik lukisan kasut Kide yang memaparkan kehidupan masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum dan hidup harmoni sejak zaman dahulu hingga kini.

Difahamkan, House Of Vans akan berlangsung di Kuala Lumpur hujung minggu ini dan jika anda mahu berjumpa dengan Kide, anda boleh ke sana kerana terdapat beberapa skateboarders ternama negara juga bakal hadir di acara tersebut.

Sumber: The Vocket