Antara masalah yang dihadapi oleh wanita berhijab ialah sukar untuk menghilangkan kesan minyak di tudung setelah dipakai. Kadangkala tudung yang dipakai akan meninggalkan kesan minyak kerana kita berpeluh atau memakai mekap.

Seorang pengguna Facebook, Hani Mynis, berkongsi cara untuk menghilangkan kesan minyak di tudung. Cara-caranya nampak mudah untuk diikuti:

Menurutnya, dia hanya menggunakan sabun ‘bongkah emas’ yang dibeli dari kedai Eco. Jika anda tiada sabun itu, anda boleh gantikannya dengan sabun mandi buku.

Langkah pertama yang dibuat oleh Hani ialah dia sagat sabun tersebut supaya ia menjadi halus serta mudah untuk mencuci tudung.

Kemudian, dia merendam tudung dengan sabun yang telah disagat tadi selama 10 minit. Selepas itu, anda boleh bilas seperti biasa dan jemur tudung sehingga kering.

Tambahnya, semasa merendam tudung dengan sabun, anda boleh la gosok-gosok manja tudung dengan tangan agar kotoran minyak degil yang melekat itu akan hilang.

Senang rupanya untuk hilangkan kesan minyak di tudung! Sesiapa yang mengalami masalah sama, boleh cuba tips yang dikongsi oleh Hani di atas ini. Selamat mencuba!

Sumber: Fb Hani Mynis