Bahang raya makin terasa apabila semakin ramai orang menjual lemang di tepi jalan bila tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita menyambut Hari Raya Puasa.

Jika anda teringin untuk membuat lemang sendiri sempena hari raya nanti tetapi tiada buluh, anda boleh cuba resepi di bawah ini:

Bahan

Beras pulut
Santan
Garam
2 jenis daun pisang (pucuk muda dan tua)

Cara-cara

– Tanak pulut bersama santan asli dan sedikit garam.
– Matikan api bila santan sudah kering dan pulut masih separuh masak.
– Ambil kedua-dua jenis daun pisang.
– Balut pulut dengan daun pisang pucuk muda dahulu dalam keadaan melintang.
– Balut bahagian luar macam biasa seperti kuih lopeh.
– Kukus selama 30 minit hingga 40 minit.
– Selepas sudah masak, panggang sebentar hingga garing luar daun.
– Buang daun yang membaluti bahagian luar dan tinggalkan bahagian daun muda.
– Potong lemang seperti biasa.
– Selamat menjamu selera! 🙂

Sumber: Cari