Baru saja melahirkan putera sulung, pelakon cantik manis, Elfira Loy, berkongsi beberapa jenis surah dan amalan yang dilakukannya sebelum dia selamat bersalin, baru-baru ini.

View this post on Instagram

Day 7 . Alhamdulillah , he is such a good boy . i feel like crying , i thought it would be harder tapi tak , kadang-kadang el yang kejut dia sebab rindu. Rasa bersyukur sangat semuanya Allah permudahkan dari awal sampai sekarang with this lil munchkin .Terima Kasih Ya Allah. Takde rahsia/tips yang el nak berikan. But one thing for sure , el tak pernah putus doa dari hari pertama el tahu el pregnant sampai kehari Rayyan dilahirkan . Bacaan surah maryam , yusuf , luqman , Alfatihah , 3qul , bacaan alquran & surah al mulk yang setiap malam ayah & mama baca dalam kereta otw balik yang menjadi amalan & kepercayaan. Dah hujung-hujung mama el banyak pesan untuk solat tahajud , solat sunat taubat , solat hajat sampi ke nak pilih doctor & hospital pun el istikarah . Sebab tu dah week 30 baru el pilih hospital bersalin sebenarnya. Because im scared . Takut tidak mendapat keredhaan Allah swt. Semoga Muhamad Rayyan Khalaf , sentiasa menjadi anak yang baik. ( Amin ramai-ramai k )

A post shared by ElFaris, Mo & Rayyan Khalaf (@muhamadrayyankhalafofficial) on

Dia berkongsi antara tips dan amalan tersebut melalui akaun Instagram rasmi anaknya, @muhamadrayyankhalafofficial.

“Takde rahsia/tips yang el nak berikan. But one thing for sure, el tak pernah putus doa dari hari pertama el tahu el pregnant sampai ke hari Rayyan dilahirkan,” ujarnya.

“Bacaan surah maryam, yusuf, luqman, Al-fatihah, 3 qul, bacaan al-quran serta surah al mulk yang setiap malam ayah dan mama baca dalam kereta semasa dalam perjalanan balik yang menjadi amalan dan kepercayaan,” jelasnya.

“Dah hujung-hujung mama banyak pesan untuk solat tahajud, solat sunat taubat, solat hajat sampai ke nak pilih doktor dan hospital pun el istikarah,” katanya.

“Sebab tu dah minggu ke-30 baru el pilih hospital bersalin sebenarnya. Sebab el takut. Takut tidak mendapat keredhaan Allah SWT,” sambungnya lagi.

“Semoga Muhamad Rayyan Khalaf, sentiasa menjadi anak yang baik,” tulisnya sambil berdoa agar anaknya menjadi anak yang soleh. In shaa Allah, Amin! 🙂

Sumber: Gempak