Putu mayam merupakan antara makanan tradisional India yang menjadi kegemaran rakyat berbilang bangsa di Malaysia. Putu mayam mempunyai rasa yang manis, dan juadah ini sangat sesuai dijadikan sebagai santapan minum petang atau sarapan pagi.

Namun begitu, memang agak susah untuk dapat putu mayam ini selain dari anda berkunjung ke pasar malam atau pasar minggu. Oleh itu, ini adalah resepi putu mayam yang anda boleh buat sahaja di rumah dan tak payah nak tertunggu-tunggu tibanya hari ada pasar malam.

Bahan-bahan

1. 500G tepung beras

2. 750ML air

3. Secubit garam

Bahan Pelengkap

Gambar: Iluminasi

1. 100G Gula perang

2. 100G kelapa parut (putih je)

3. Secubit garam

Kukus kelapa bersama garam selama 10 minit supaya tak basi

Langkah-langkah Seterusnya

1. Masak air bersama secubit garam hingga mendidih, tutup api

2. Kemudian masukkan tepung beras sedikit demi seidkit, gaul sebati. Jangan risau kalau jadi berketul-ketul, bila dah suam baru kita uli dengan tangan.

3. Masukkan ke dalam bekas yang lain. Uli dengan sebati.

4. Kemudian, kita perapkan dulu dalam 4-5 jam. Tutup dengan kain basah ye.

Selepas kita perak, panaskan dulu kukusan. Tudung kukusan selepas kita perap. Tudung kukusan kita balut dengan kain supaya air tak menintik dekat putu mayam kita. Tak payah risau, guna saja lampin anak yang bersih.

Kemudian masukkan sedikit adunan ke dalam acuan. Jangan letak banyak sangat nanti susah nak tekan. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan. Lapikkan secebis kain bersih di dalam pengukus. Lepas tu kita pusing-pusing bagi adunan turun. Nak besar mana tu terpulang ye.

Dah habis semua kita buat, dah boleh kukus selama 5 minit.

Siap dan boleh dihidangkan bersama kelapa parut dan juga gula perang.

Gambar: Sunstar Weekend

Sumber: Sirap Limau