Gambar: ShapeMe

Bahan-bahan yang digunakan:

1. 400gm isi ayam
2. 1 kibu ayam
3. 1 biji bawang besar dipotong dadu
4. 1 batang saderi dipotong
5. 50gm mentega
6. 50 gm keju parmesan
7. Puff pastri segera
8. 1 1/2 cawan susu
9. 1 sudu teh serbuk Thyme
10. Sedikit lobak merah dipotong dadu
11. 1 biji bawang dihiris
12. 50gm tepung gandum
13. 1/2 cawan kacang pis

Cara-cara membuatnya:

1. Panas susu atas api sederhana, masukkan kiub ayam dan serbuk Thyme. Selepas itu, masukkan ayam dan masak 10 min. Keluarkan dan carik ayam itu serta ketepikannya.

2. Panaskan mentega, tumis bawang besar dan bawang putih, lobak merah, dan juga saderi. Kacau kesemua bahan hingga rata.

3. Seterusnya, masukkan tepung dan air lebihan rebusan ayam tadi. Masak sehingga kuah hampir pekat.

4. Kemudian masukkan keju, ayam yang dicarik dan kacang pis bersama. Gaul bahan sebati dan sejukkan inti.

5. Seterusnya, letakkan inti ke dalam mangkuk casserole bulat kecil, sapukan sedikit telur dimulut mangkuk itu, dan kemudian tutup dengan puff pastri.

6. Sapu telur di atas permukaan puff dan bakar pada suhu 180C selama 20 minit.

7. Pai siap dimasak dan sedia untuk dihidangkan!

Sumber: Rasa