Ini merupakan satu perkongsian resipi istimewa daripada seorang pengguna Facebook Nurul Balqis yang pastinya akan membangkitkan selera anda.

Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Ayam (dilumur garam dan kunyit)
2. Cili besar merah
3. Cili padi (kalau taknak pedas, jangan letak banyak)
4. Bawang merah
5. Bawang putih
6. Kunyit
7. Serai
8. Daun limau

Penyediaan bahan:
1. Goreng ayam terlebih dahulu

2. Tumbuk cili besar merah, cili padi, bawang merah, bawang putih dan kunyit

Cara-cara masak ‘ayam masak thai’:
1. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik minyak
2. Kemudian, masukkan serai
3. Masukkan sos tomato dan sos tiram
4. Seterusnya, masukkan gula dan garam
5. Kemudian, masukkan bawang dan daun limau
6. Setelah digaul rata, masukkan ayam yang telah digoreng
7. Gaul semua sehingga sekata dan angkat

Posted by Nurul Balqis on Sunday, 21 July 2019

Siap!

Sumber: The Vocket