Apabila bercakap tentang mee segera, ramai orang selalu makan mee segera ketika melancong, hujan dan ketika kekurangan duit serta memilih mee segera Maggi kerana harganya yang murah, sedap dan memenuhi citarasa rakyat Malaysia.

Penyediaan maggie sememangnya mudah, tetapi ada cara untuk menjadikannya lebih lazat! Resepi Maggi kari tumis yang dikongsi oleh saudari Syazlin Mansor ini menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) sangat menarik perhatian. Berikut adalah bahan-bahan yang anda perlukan:

1. Maggi kari perencah kari dua bungkus
2. Bawang merah
3. Cili padi
4. Tiga ulas bawang putih

Hanya tiga langkah yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah hidangan Maggi kari tumis yang enak. Berikut adalah cara-cara untuk anda membuatnya:

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, dan cili padi, kemudian gaul bersama rempah maggie.

2. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing. Petua orang-orang dahulu untuk jadikan masakan sedap, harus masukkan air dalam lesung. Masukkan air ikut suka sama ada mahu banyak kuah atau tidak, dan tunggu sehingga mendidih.

3. Akhir sekali, masukkan maggie dan pecahkan telur, kemudian tutup api.

Jika anda ada sayur sawi dan sosej boleh juga masukkan sekali kerana saya hanya menggunakan bahan yang ada di rumah sahaja. Resipi yang ringkas dan padat ini pastinya dapat dimanfaatkan oleh anda.

Sumber:The Vocket