Gambar: Naturalfoodseries

Susu tidak boleh dibiarkan lama dan tidak diminum, jika diletakkan di dalam peti sejuk sekalipun, ia akan cepat basi. Sebenarnya, kalau susu sudah mula masam ada banyak kegunaanya, menurut Suriya Ab Majid, wanita ini sendiri gunakan susu tersebut untuk masak.

Berikut merupakan cara-cara untuk buat homemade cheese menggunakan susu yang sudah masam:

1. Panaskan susu dalam periuk hingga mendidih. Api sederhana sahaja. Masukkan juga 1 sudu kecil garam. Nampak dah mula berwap, cepat-cepat tutup api.
2. Alihkan periuk dari dapur.
3. Masukkan 3 sudu besar cuka putih. Suriya menggunakan Disstilled White Vinegar jenama Heinz.
4. Kacau sekejap dan biarkan dalam 5-15 minit. Susu akan jadi berketul-ketul.

5. Guna kain kasa, Suriya guna kain lampin bersih untuk tapiskan. Biarkan 45-1 jam untuk airnya ditoskan.

Dah siap dan boleh simpan di dalam bekas!

Sumber: Lobak Merah