Jika anda selalu membeli-belah di H&M, ini pasti membuatkan anda gembira! Siapa tak suka kalau dapat baucar, bukan? Lagi-lagi jika baucar itu dari kedai kegemaran anda.
Tahukah anda H&M akan memberikan baucar percuma jika anda hantar baju-baju lama yang tidak digunakan ke H&M.

Berikut merupakan cara-cara untuk mendapatkan baucar di H&M:

1. Setiap bungkus kain yang dimasukkan ke dalam bag plastik layak mendapat sekeping baucar.

2. Anda hanya perlu memberikan bungkusan kain lama itu di kaunter dan beritahu mereka yang anda mahu kitar semula. Nanti mereka akan berikan anda baucar itu.

3. Untuk setiap baucar hanyar untuk 1 ‘normal price item’, bukan item yang ada promosi.

4. Baucar ini mempunyai tarikh luput iaitu selama 2 tahun dari tarikh tebusan baucar.

5. Program recycleini boleh didapati di semua kedai H&M.

Semua fabrik yang didermakan akan diletakkan di dalam ‘garment collection box’. Rakan kongsi H&M iaitu I:CO akan mengasingkan fabrik ini di dalam tiga kategori iaitu Rewear, Reuse, Recycle’

Sumber: Cari