Setiap orang yang ingin menguruskan badan biasanya akan mencuba pelbagai cara, resipi makanan dan tips untuk menguruskan berat badan. Ada juga yang sanggup berlapar demi mendapatkan tubuh badan yang sempurna.

Perkongsian tips oleh Zana Mokhtar ini boleh dijadikan panduan untuk mereka yang ingin berdiet tanpa perlu berlapar.

1. Detox Pagi

Gambar: Healthline

Minum satu gelas air kosong sebaik sahaja bangun tidur. Ini bagi memudahkan pembuangan air besar. Air liur pada awal pagi mengandungi bakteria baik yang akan bertindak membantu detox kan toksin dalam badan kita.

2. Detox Sebelum Sarapan

Gambar: Healthline

Ambil segelas air suam dan 1 inci halia yang di ketuk. Rendamkan halia dalam 2-5 minit. Selepas itu, masukkan perahan lemon dan 1 sudu madu.

Amalkan minum air ini setiap hari sebelum sarapan. Ia akan bantu memberikan tenaga secara pantas dan menyekat selera makan. Dengan cara itu, tak ada lah mengidam nak makan nasi lemak atau makanan yang kurang berkhasiat, bukan?

3. Sarapan 300 Kalori Atau Lebih

Gambar: Healthline

Ambil makanan yang berserat dan mengenyangkan seperti oat. Anda boleh cuba buat resepi di bawah ini.

1. Segengam oat di campurkan dengan susu rendah lemak serta 3 biji kurma.
2. Blend semua bahan.
3. Kalau nak lagi sedap, tambahkan pisang dan 1 sudu yogurt asli.
4. Siap untuk di minum!

4. Air Kosong

Gambar: Howloseweight

Sehari wajib minum air dalam 2-3 liter. Air kosong bantu membakar kalori dan dinyahkan toksin dalam badan juga.

5. Snek Pagi Dan Petang

Gambar: Henryfordlivewell

Snek pagi diambil antara jam 10 pagi sehingga 11 malam. Untuk snek pagi, anda boleh mengambil kurma 2 hingga 3 biji atau epal hijau.

Snek petang pula antara jam 3 petang sampai 4 petang. Untuk snek petang, anda boleh mengambil buah-buahan tembikai dan epal hijau.

6. Menu Makan Makanan Tengahari

Gambar: Mingguan Wanita

Makan tengahari adalah wajib bila berdiet! Tiada istilah diet kalau nak turunkan berat badan cara yang betul.

Ambil kuantiti nasi segenggam dan lebihkan lauk serta sayuran. Gunakan cara kukus, bakar, panggang atau sup dan elakkan makanan bergoreng dan santan.

Paling penting, lebihkan sayur sayuran hijau.

7. Menu Makan Malam

Gambar: Eatingwell

Makan malam adalah wajib untuk diambil sebelum Maghrib. Jangan lewat makan sebab perut perlukan masa untuk proses dan rehat.

8. Detox Malam

Detox malam adalah sama resepi seperti detox pagi. Minum sebelum tidur dan ia membantu untuk mendapatkan tidur yang lebih lena.

9. Senaman

Gambar: Everydayhealth

Senaman juga memainkan peranan penting untuk menurunkan berat badan. Senaman ringan yang boleh dibuat adalah seperti berjalan setiap hari antara 30-45 minit.

Bagi mereka yang sibuk dan tidak ada masa, anda boleh amalkan #SabunZumba semasa mandi. Ia membantu dalam pembakaran lemak dan juga mengawal selera makan anda.

Sumber: Facebook Zana Mokhtar