Mesti ramai diantara anda yang tidak tahu bahawa Malaysia juga mempunyai beberapa tempat penginapan yang unik. Kebanyakkan daripada tempat ini biasanya diinspirasikan dari alam semula jadi dan juga kreativiti tersendiri.

Mari kita lihat 9 tempat penginapan menarik yang ada di Malaysia:

1. Sekeping Serendah Retreat, Serendah Kuala Lumpur

Gambar: Uniqhotels

Jika anda mahukan suasana yang berbeza dan tenang, cuba bermalam di Sekeping Serendah. Biliknya dibina daripada “container” dan ia berada di tengah-tengah hutan. Dindingnya pula adalah tingkap-tingkap kaca yang boleh dibuka dan ditutup.

Lokasi Sekeping Serendah ini sesuai untuk bercuti bersama rakan-rakan ataupun keluarga. Di Sekeping Serendah juga terdapat kolam renang dan tempat untuk BBQ. Lokasi ini sangat sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan dari kesibukan kota kerana ia dikelilingi tumbuhan yang penuh kehijauan.

2. Belum Rainforest Resort, Gerik Perak

Gambar: Malaysiatatler

Sama juga seperti Sekeping Serendah, Belum Rainforest Resort boleh dijadikan lokasi yang sempurna apabila anda ingin lari dari kepadatan bandar. Salah satu bilik di sini menyediakan kolam renang di tengah-tengah hutan.

Terdapat pelbagai aktiviti air yang boleh dilakukan disini seperti berkayak, berakit, memancing, menaiki bot mengelilingi tasik atau menginap di houseboat kerana kawasan ini dikelilingi Tasik Royal Belum yang sangat luas.

3. Terra Tree House, Cameron Highlands, Pahang

Gambar: Pinterest

Terra Tree House ini terletak jauh ke rantau gunung Cameron Highlands. Kawasan ini dibina menggunakan bahan semula jadi dan bukan mesin atau batu-bata untuk memelihara tanahnya yang indah. Tempat ini sesuai untuk pengunjung yang ingin lebih dekat dengan alam semula jadi dan ianya dibina menjadi rumah pokok yang penuh dikelilingi oleh tumbuhan hijau.

4. Time Capsule Retreat, Sg Lembing, Pahang

Gambar: Timecapsuleretreat

Time Capsule Retreat adalah hotel yang dibina menggunakan paip pembentung. Ia mempunyai 8 paip pembentung konkrit yang dipanggil Bilik Capsule dan setiap bilik capsule disediakan katil saiz queen, lampu, soket, penghawa dingin, dan juga pemandangan yang indah!

Tempat ini sesuai untuk mereka yang inginkan penginapan yang santai dan selesa.

5. Hotel Pelantar Minyak, Sabah

Gambar: Thevocket

Seaventures Dive Resort adalah hotel pertama yang dibina diatas sebuah pelantar minyak di kepulauan sipadan yang mana ianya diubah dan juga menjadi platform untuk peminat scuba. Hotel ini sesuai untuk mereka yang ingin merasakan pengalaman menginap di hotel di dalam pelantar minyak yang berada di tengah lautan sambil menikmati keindahan laut.

6. Capsule Transit Hotel, KLIA 2

Gambar: KLIA 2

Capsule Transit Hotel ini terletak di KLIA 2. Hotel ini sesuai untuk mereka yang mempunyai transit di KLIA 2 kerana ia menawarkan penginapan selama 3 jam, 6 jam, atau 12 jam sebelum meneruskan perjalanan yang seterusnya. Kemudahan yang boleh didapat di hotel ini adalah seperti bilik mandi untuk mereka yang ingin menyegarkan diri selepas dari menaiki penerbangan yang lama.

7. Time Capsule Hotel, Penang

Gambar: Agoda

Hotel ini menawarkan konsep seperti berada di dalam UFO. Ia menyediakan kemudahan tempat tidur seperti cermin, soket, meja kecil, dan juga Smart TV. Selain itu, terdapat ruang untuk membuat kerja dengan lebih selesa dengan kemudahan wifi percuma.

8. Hotel Tubotel, Langkawi Kedah

Gambar: Tubotel

Inilah tempatnya jika anda ingin sesuatu yang unik di Langkawi. Bilik-bilik disini adalah tiub yang berwarna-warni dan menghadap laut. Hotel Tubotel sesuai untuk penginapan anda bersama rakan-rakan atau untuk berbulan madu yang tidak mewah tetapi masih kekal romantis dan eksklusif.

9. The Mongolian Yurt, Kundasang Sabah

The Mongolian Yurt di Sabah ini adalah destinasi yang sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan alam semula jadi sambil bercuti. Lokasi tempat ini adalah tinggi dan menawarkan suasana yang aman seperti pemandangan gunung-ganang dan pokok-pokok. Anda boleh memilih untuk tinggal didalam khemah atau pondok.

Sumber: Cari