Setiap orang terutamanya wanita mengidamkan kulit wajah yang sihat dan sempurna. Di dalam dunia kecantikan, terdapat pelbagai jenis produk penjagaan wajah, salah satunya adalah serum muka.

Terdapat pelbagai produk serum yang ditawarkan bermula dari harga yang rendah sehingga harga yang tinggi untuk pilihan wanita di luar sana. Sebelum anda membeli serum kecantikan, ada baiknya jika anda mengkaji dan mengetahui fungsi dan manfaat sesuatu serum tersebut.

Berikut adalah 7 serum terbaik yang anda boleh cuba:

1. Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Serum

Gambar : Emptyfloor

Peminat jenama ini mengklasifikasikan produk ini sebagai “best serum ever” dan juga mendapat kedudukan yang tinggi. Anda mesti ingin tahu apakah manfaat yang membuatkan pengguna suka akan serum ini bukan?

Daripada nama serum ini sahaja kita sudah tahu bahawa serum ini bagus dan sesuai untuk kulit yang berminyak dan berjerawat. Serum ini membantu untuk mengurangkan dan menhapuskan jerawat di muka. Ia juga mampu mengurangkan kilauan pada muka oleh minyak yang berlebihan. Selain dari itu, serum ini juga mampu mengecilkan liang pori!

2. Avene Hydrance Optimale Hydrating Serum

Gambar : Bloomzy

Serum yang berkepekatan tinggi ini boleh didapati di “drugstore” . Ramai yang mengesyorkan bahawa jenama ini bagus untuk kulit sensitif, alergik, dan sebagainya!

Ia terdiri daripada ekstrak daun Aloe Ferox yang tinggi, Vitamin A, Vitamin C dan Borage Oil. Formula yang berasaskan Aloe Ferox ini penuh dengan nutrien dan anti-oksidan untuk meningkatkan pertahanan kulit yang normal. Semestinya satu kepentingan harian untuk kulit yang sihat dan licin!

3. Clinelle Caviar Gold Firming Serum

Gambar : Theisabellee

Serum muka intensif ini mampu menganjalkan kulit dan juga memberikan kesan jangka panjang pada kulit anda. Serum ini juga dirumus dengan Kompleks “SuperLIFTING & FIRMING Triple-Gold” , dan ia mengandungi bahan yang berkuasa dan berkesan menjadikan ia amat sesuai untuk digunakan oleh wanita yang sentiasa ingin kelihatan muda kerana ia membantu mengurangkan kedut, perubahan warna kulit dan bintik-bintik penuaan.

4. It’s Skin Power 10 Formula VC Effector

Gambar : Wondersummer

Jenama It’s Skin ini mengeluarkan pelbagai jenis serum untuk pelbagai jenis masalah kulit. Diantara semua jenis serum It’s Skin, Serum VC Effector ini mendapat “rating” yang tinggi diantara serum It’s Skin yang lain.

Serum VC Effector ini mengandungi vitamin C dan estrak teh hijau di dalamnya. Ada juga “review dari pengguna yang mengatakan bahawa serum ini tidak menyebabkan kulit mereka “breakout” dan juga dapat menghilangkan tompok-tompok hitam di muka.

5. Mario Badescu Peptide Renewal Serum

Gambar : Sephora

Walaupun jenama ini sedikit mahal, namun ia masih menjadi kesukaan ramai kerana kebekersanannya dalam melawan masalah kulit kering. Ini adalah serum kuat yang dirumus khas untuk menghilangkan tanda-tanda penuaan dan pada masa yang sama memberikan kulit yang lebih muda.

Kandungan seperti peptida dan bahan botanika lain seperti teh hijau, palmaria palmata, estrak chamomile dan lain lain lagi memberikan kelembapan yang cukup pada kulit wajah dan membantu menambah seri bagi kulit muka yang kusam.

6. COSRX BHA Summer Pore Minish Serum

Gambar : Mishibox

Wanita yang mengalami masalah pori besar mesti suka akan serum ini! Serum ini mampu mengetatkan dan mengecilkan pori kerana ia mengandungi estrak white willow sebanyak 80% dan estrak gandung di dalamnya yang memberikan pelindungan pada kulit.

Selain daripada mengecilkan pori, serum ini juga mampu membuang sel kulit mati dan mengimbangkan tahap kelembapan kulit supaya sentiasa sihat dan lembut.

7. Eucerin Dermo Purifier Concentrate Serum

Gambar : Wiwishop

Serum ini pula diformulakan khas untuk kulit muka berminyak dan senang berjerawat. Ramai yang mengesyorkan serum ini kerana teksturnya yang ringan dah cepat menyerap.

Serum yang mengandungi bahan-bahan seperti “lactic acid” dan anti bacterial decandiol dapat membantu mengatasi masalah jerawat. Ia juga cepat menyerap ke dalam kulit menjadikan kulit muka sempurna tanpa ada minyak yang berlebihan pada kulit wajah sekaligus memberikan kulit yang lebih baik dan sihat!

Sumber: Lobak Merah, Clinelle, Mario Badescu