Ramai orang suka pergi ke kedai Daiso, bukan? Daiso menyediakan pelbagai barangan, dari peralatan dapur, makanan, peralatan mandi, dan lain-lain barang seperti kosmetik, alat tulis dan peralatan mekanikal.

Banyak benda yang kita boleh dapati di Daiso yang penting untuk kegunaan harian. Berikut adalah perkongsian dari Hani Mynis tentang 7 gajet dapur yang wajib di beli di Daiso.

1. Silicone Brush

“Masukkan minyak dalam botol silikon ni, lepas tu nak guna picit je dalam kuali. Sapu dengan berus kat atas tu. Sesuai sangat untuk masak roti canai, roti jala dan macam-macam yang tak gunakan minyak banyak tapi minyak rata di permukaan kuali. Nak wangi, potong kecil-kecil (bukan hiris) daun pandan, masukkan dalam botol ni. Bijak sangat benda ni, senang kerja.”

2. Timer

“Benda wajib ada untuk memasak (especially mengukus) dan membersih/mengemas. Hani kalau tak ada benda ini time mengemas rasa macam tak boleh nak kemas laju-laju. Hani tak guna alarm hp sebab nanti tangan rajin check notifications kerja rumah tak gerak.”

3. “Timer” Untuk Masak Telur

“Dulu-dulu petua mummy hani ajar nak rebus telur letak sikit beras (dua tiga cubit). Beras dah masak jadi nasi maknanya telur dah masak. Ada benda alah ni mudahnya! “Masakkan” sekali telur dengan egg timer ni nanti senang nak tahu telur dah masak atau separuh masak.”

4. Pengukur Spaghetti

“Rumah hani sebulan dua kali masak spaghetti. Pernah tak berlaku kadang-kadang nak masak banyak mana tak pasti. Takut tersikit atau terlebih banyak. Guna je pengukur spaghetti ni. InsyaAllah mencukupi tapi kalau jenis kuat makan macam hani. Kalau untuk dua orang hani ukur dalam lubang ketiga.”

5. Silica Gel

“Ni untuk hani letakkan dalam balang-balang makanan kering macam bekas spaghetti, rempah-rempah, milo, kopi sebab taknak makanan kering jadi lembap, berkulat dan keras. Masukkan dalam balang atau tampal kat bahagian dalam penutup balang.”

6. Pengeras Minyak

“Ini ramai dah tahu kot, rumah hani jarang guna benda alah ni. Tapi good to have at home. Ini untuk keras lebihan minyak yang kita nak buang. Dah keras boleh lah buang dalam plastik sampah.”

7. Mini Frother

“Ini bukan untuk kopi je, hani buat telur dadar pun guna benda alah ni. So telur dadar jadi extra fluffy.”

Sumber: Vitdaily