Setiap kali hari raya, pasti setiap rumah mempunyai berbekas-bekas kuih raya untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah. Oleh begitu, kita harus pastikan bahawa kuih raya kita tidak mudah lemau supaya boleh dimakan oleh tetamu yang datang.

Ini adalah 7 tips untuk jaga kuih raya supaya tak mudah lemau.

1) Pastikan biskut Raya Terbuka Terlebih Dahulu

Kuih raya yang baru siap dikeluarkan dari oven akan jadi sedikit lembik. Jadi, jangan terus simpan dalam bekas tau. Biar dahulu seketika di luar sehingga ia menjadi betul-betul sejuk, kemudian simpan dalam bekas yang disediakan.

2)Keringkan Bekas Sebelum Guna

Jika basuh bekas yang ingin diguna, ambil tuala bersih dan lap sampai kering. Anginkan beberapa saat dan kalau nak lagi menjadi, jemur bawah cahaya matahari okay.

3) Simpan Dalam Bekas Kedap Udara

Pilih bekas yang kedap udara dan balang berpenutup untuk biskut kekal lama dan rangup

4) Masukkan Bungkusan Kecil Berisi Garam Ke Dalam Balang Kuih

Bungkus satu hingga dua sudu teh garam dan masukkan ke dalam balang. Garam boleh bantu kurangkan kelembapan udara dalam balang.

5) Alas Setiap Lapisan Biskut Dengan Kertas Kalis Minyak

Gambar: Bossgoo

Cara ini akan kekalkan biskut jadi rangup kerana kertas tersebut sudah menyerap lebihan minyak pada biskut.

6)Tabur Sedikit Gula Pasir Dalam Bekas Biskut

Sangat berkesan. Tips ini untuk elak biskut jadi lemau dan tahan lama malah elak dari berbau

7) Sebelum Buat Biskut, Jemur Tepung Dan Gula Terlebih Dahulu

Petua zaman dahulu, kalau nak kuih raya jadi ringan dan tahan lama, kena jemur tepung dan gula dulu. Malah rasa biskut pun lain, lebih enak dan rangup.

Kalau nak kuih raya yang berkualiti, cuba 7 tips ini okay!

Sumber: Sinar