Musim persekolahan sudah bermula! Pasti ibu-bapa sibuk menguruskan hal persekolahan anak-anak. Bukan setakat menguruskan pengangkutan pergi dan pulang anak ke sekolah, tetapi juga menguruskan pemakanan anak-anak semasa berada di sekolah.

Ada ibu-bapa yang beri wang saku sahaja untuk anak-anak membeli makanan dan ada juga ibu yang memilih untuk menyiapkan bekal anak ke sekolah. Buat ibu-ibu yang tengah merancang menu untuk anak anda bawa ke sekolah, anda tidak usah risau kerana berikut adalah tips dan resipi ringkas makanan bekalan anak anda ke sekolah.

1. Burrito Telur Hancur

Bahan-bahan:
– 2 sudu besar susu rendah lemak
– 1 sudu kecil daun ketumbar (dicincang)
– 1 sudu kecil minyak sayuran
– 4 sudu besar keju cheddar
– 2 keping roti tortilla whole wheat
– Secubit garam
– 1/4 sudu kecil lada hitam

Cara:
1. Untuk telur hancur, di dalam mangkuk, pukul telur bersama susu, daun ketumbar, garam dan lada hitam.
2. Menggunakan non-stick pan, panaskan minyak dan masukkan telur. Kemudian, hancurkan.
3. Letakkan 2 helai daun salad di tengah roti tortilla, kemudian, tabur 2 sudu besar keju cheddar, letakkan separuh telur hancur dan 2 sudu sudu besar tomato.
4. Gulung cara burrito-style.

2. Nasi Goreng Labu

Bahan-bahan:
– 1 sudu besar minyak bijan
– 1 ulas bawang putih (dicincang)
– 1 sudu kecil halia kisar
– 1/2 biji bawang merah
– 1/2 cawan labu (dipotong kiub kecil)
– 1 1/2 cawan nasi perang yang sudah dimasak
– 1/4 cawan kacang kuda (direbus)
– 2 sayur bok choy (dicincang kasar)
– 2 sudu kecil kicap masin
– 1 sudu besar sos tiram
– 1/4 sudu kecil lada putih

Toppings:
– 1 sudu besar daun bawang (dihiris)
– 1 sudu kecil bijan

Cara:
1. Menggunakan non-stick pan, panaskan minyak dengan api sederhana.
2. Masukkan bawang putih, halia dan bawang merah hingga naik bau.
3. Masukkan labu dan kacau hingga labu lembut selama 3 minit.
4. Masukkan nasi perang dan kacang kuda. Kacau selama 1 minit.
5. Masukkan kicap masin, sos tiram dan lada putih. Kacau selama 1 minit.
6. Masukkan sayur bak choy dan kacau hingga lembut.
7. Tabur daun bawang dan bijan. Hidangan ini sedia untuk dihidang.

3. Salad Pasta Hawaii

Bahan-bahan:
– 1 cawan wholemeal spiral pasta yang sudah dimasak
– 1 cawan buah nanas (dipotong kiub kecil)
– 3 sudu besar lobak merah (dihiris nipis)
– 1 sudu besar daun bawang (dihiris)
– 4 sudu besar isi ikan tuna

Dekorasi:
– 1 sudu besar jus lemon
– 3 sudu besar sos light mayonis
– 1 sudu besar greek yogurt rendah lemak

Cara:
1. Di dalam mangkuk besar, masukkan pasta, buah nanas, isi ikan tuna, lobak merah dan daun bawang. Gaul dan ketepikan.
2. Di dalam mangkuk kecil yang asing, gaul jus lemon, sos mayonis, greek yogurt dan garam. Kemudian, masukkan campuran pasta. Gaul.

4. Tortilla Rangup & Labu Tuna Lecek

Bahan-bahan:
– 1/4 labu kecil (250g) dibuang biji dan dipotong kiub besar dengan kulitnya
– 1 sudu besar marjerin
– 4 sudu besar isi ikan tuna
– Secubit garam
– 1/4 sudu kecil lada hitam
– 1 sudu kecil daun bawang (dihiris)
– 1 keping roti wholemeal tortilla (potong bentuk chips)

Cara:
1. Microwave labu selama 5 minit sehingga lembut dan masak.
2. Gunakan sudu untuk keluarkan isi labu dan buan kulitnya.
3. Di dalam mangkuk, masukkan marjerin, isi ikan tuna, labu, garam dan lada hitam. Gaul. Kemudian, tabur daun bawang.
4. Lapikkan baking sheet di atas pinggan yang microwaveable dan leta sedikit minyak sayuran di atasnya.
5. Susun tortilla wedges di atas baking sheet.
6. Microwave selama 4 minit sehingga keperenggan dan rangup.
7. Biarkan tortilla chips di luar selama 5 minit dan hidangkan bersama Pumpkin Tuna Mash.

5. Sandwic Mentega Kacang

Bahan-bahan:
– 2 keping roti wholemeal (dibakar)
– 2 sudu besar mentega kacang (unsalted dan unsweetened)
– 1 biji pisang (dihiris)
– 2 sudu kecil biji labu
– 1 sudu kecil madu

Cara:
1. Sapukan 1 sudu besar mentega kacang di atas roti.
2. Letakkan hirisan pisang.
3. Tabur biji labu dan madu.
4. Ulang dengan menggunakan bahan lebihan.

6. Wrap Ayam Daun Salad

Bahan-bahan:
– Ayam kisar
– 1 biji keledek kecil (dihiris)
– 6 helai daun sayur romaine lettuce
– 2 sudu kecil minyak bijan
– 1 ulas bawang putih kisar
– 1/2 cawan frozen mixed vegetables
– 1 sudu besar sos tiram
– 1/4 sudu kecil lada putih
– 1 sudu kecil sos ikan
– 1 sudu kecil kicap masin

Cara:
1. Untuk Sweet Potato Chips, lapikkan baking sheet di atas pinggan microwaveable dan letakkan sedikit minyak. Kemudian, susun keledek di atasnya.
2. Microwave selama 3 minit sehingga rangup.
3. Biarkan di luar selama 5 – 10 minit. Kemudian, masukkan ke dalam kontenar. Anda juga boleh
4. Untuk ayam, menggunakan non-stick pan, panaskan minyak dengan api sederhana.
5. Masukkan bawang putih dan masak hingga naik bau.
6. Masukkan ayam kisar dan masak selama 3 minit sehingg separuh masak.
7. Masukkan mixed vegetables, kicap masin, sos ikan, garam dan lada putih. Masak selama 5 minit.
8. Hidangkan dengan daun romaine lettuce.

Sumber: The Vocket