Gempa bumi berukuran 7.4 magnitud telah menggegarkan Banten, Indonesia dan kawasan sekitarnya. Susulan dari itu, Jabatan Meteorologi, Kajian Iklim dan Geofizik (BMKG) telah keluarkan amaran tsunami.

Memetik laporan Kompas.com, menurut Pengarah Bahagian Pusat Gempa Bumi dan Tsunami BMKG, Rahmat Triyono mengeluarkan amaran tsunami di lima wilayah ini;

1. Pandeglang Bahagian Selatan dengan status ancaman SIAGA (ketinggian maksimum 3 meter).

2. Pandeglang Pulau Panaitan dengan status ancaman SIAGA (ketinggian maksima 3 meter).

3. Lampung-Barat Pesisir-Selatan dengan status ancaman SIAGA (ketinggian maksima 3 meter).

4. Pandeglang Bahagian Utara dengan status ancaman WASPADA (ketinggian maksima 0.5 meter).

5. Lebak dengan status ancaman WASPADA (ketinggian maksimal 0.5 meter).

Penduduk dan pelancong di sekitar wilayah berstatus siaga dinasihatkan melakukan proses evakuasi segera.

Manakala bagi penduduk di sekitar wilayah berstatus waspada diminta untuk mengelakkan diri dari kawasan pantai dan sungai.

Sumber: Awani