Seperti yang kita tahu, wanita Jepun terkenal dengan bentuk badan langsing dan mempunyai kesihatan yang baik. Kita sering bertanya, apakah rahsia diorang untuk kekal langsing? Bukan sahaja langsing, kebanyakan wanita Jepun kelihatan lebih muda dari usia sebenar.

Jadi jika anda ingin tahu, mereka sebenarnya sangat menjaga pemakanan dan gaya hidup yang sangat berdisiplin. Ini dia antara rahsia dan tabiat diorang ketika makan yang kita boleh guna kalau nak badan langsing macam wanita Jepun.

1. Diet Seimbang & Berkhasiat

Gambar: Kompas Lifestyle

Kebanyakan makanan Jepun semuanya sihat-sihat seperti ikan, rumpai laut, sayuran hijau, soya, nasi, buah-buahan dan the hijau. Paling penting mereka tak gemar makanan segera.

2. Teknik Masakan

Gambar: Epicurious

Teknik masakan orang Jepun ni selalunya merebus, bakar, panggang, stim dan menggoreng dalam kuali leper dengan minyak yang sedikit. Sayur pula dimasak sekejap je sebab nak kekalkan khasiatnya. Air rebusan pula wajib diminum sebagai alas perut sebelum tidur.

3. Teknik Mengunyah Makanan

Gambar: Banjarmasin

Mereka mengamalkan makan sedikit demi sedikit dan mengunyah dengan betul untuk memudahkan sistem pencernaan.

4. Low Fat Desserts

Gambar: Just Cake Punes

Pencuci mulut orang Jepun selalunya makanan yang kurang manis seperti ais krim the hijau atau mocha yang diperbuat daripada beras.

Sumber: ERA