1. Kaki Ayam

Ramai tak peminat kaki ayam kat sini? Ada yang rasa pelik makan kaki ayam ini, tapi ia sebenarnya sangat sedap jika dimasak sup, goreng, sambal atau kari untuk dicicah dengan roti canai. Tapi bagi anda yang tidak menggemari kaki ayam ini, mesti rasa pelik dengan penggemar kaki ayam ini.

Kaki ayam ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat seperti kolagen untuk mengekalkan keremajaan kulit dan juga baik untuk membendung sendi tulang yang rapuh. Jadi lepas ini kalau pergi makan roti canai, jangan lupa minta kaki ayam sekali, ya!

2. Sup Torpedo

Mereka yang suka lepak mamak mesti tahu yang sup torpedo ini merupakan antara juadah wajib kat kedai mamak. Bagi mereka yang tak tahu tentang sup torpedo ini, ia sebenarnya merupakan sup zakar lembu.

Sup ini dikatakan mampu meningkatkan kesihatan lelaki. Kalau nak tahu betul atau tidak, cubalah sendiri!

3. Semua Benda Letak Cheese

Fenomena cheese ini bermula tahun 2016, apabila pisang goreng crispy dihidangkan dengan hirisan cheese. Selepas fenomena itu, banyak hidangan mula menggunakan cheese sebagai penambah selera.

Terdapat banyak makanan yang ditambah cheese untuk menaikkan selera seperti ayam goreng cheese, nasi goreng cheese, murtabak cheese, nan cheese dan yang terbaru minuman milo turut ditambah cheese.

4. Telur Asin Dalam Pencuci Mulut

Akhir-akhir ini, telur asin atau salted egg semakin digemari oleh rakyat Malaysia. Jika dulu salted egg ini dimakan dengan nasi kerabu, tapi sekarang salted egg ni dah diinovasikan dalam macam-macam hidangan.

Antara hidangan yang mula popular ialah donut, puding dan ais krim yang dicampur dengan salted egg. Ada yang sesuai dan sedap, dan ada juga yang tidak sesuai. Rupanya orang Malaysia ini kreatif sangat kalau bab makanan, pada yang sanggup beratur panjang kalau ada makanan-makanan sedap ini.

Sumber: SAYS