Setiap kali Hari Raya Korban, kita pasti akan dpat banyak daging korban yang diberikan oleh saudara-mara atau kita sendiri menjalankan ibadh korban. Sampai penuh peti sejuk dengan agihan daging korban. Namun, ramai yang tidak tahu cara untuk menyimpan daging korban dengan betul supaya tahan lebih lama.

Cara penyimpanan ini adalah untuk memastikan kualiti daging korban tetap berada dalam keadaan baik. Paling penting, daging tersebut akan kelihatan segar apabila mahu dimasak.


.

1. Jangan Cuci Daging Korban Sebelum Disimpan

Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat bila daging berkenaan hendak dimasak.

2. Jangan Simpan Dalam Kuantiti Yang Banyak

Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.

Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.

3. Jangan Terus Simpan Daging Di Dalam Ruang Sejuk Beku

Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.

4. Jangan Cairkan Daging Beku Dengan Menggunakan Air Panas

Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan daging yang beku menggunakan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.

5. Jangan Simpan Guna Plastik Warna Hitam

Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser . Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal.

Sumber: Vitdaily