Ini adalah berita baik untuk penggemar kasut, terutamanya penggemar kasut Adidas! Kasut adidas YEEZY BOOST 700 “Mauve” yang mengikuti gaya sulung “Wave Runner” ini akan tiba di 3 kedai Adidas terpilih bermula 27 October 2018, hari ini.

Lokasi yang terpilih adalah Adidas Originals Suria KLCC, Adidas Originals Pavilion dan juga CROSSOVER Mid Valley Megamall.

Gambar: Hypebeast

Adidas YEEZY BOOST 700 “Mauve” ini dijual dengan harga $300 (RM1,248). Aksen hijau yang halus pada kasut itu adalah warna kelabu yang diletakkan di atas lapisan berlapis seperti yang dilihat pada imej di atas. Selain itu, bentuk ‘chunky’ dan futuristik kekal sejajar dengan trend kasut hari ini.

Jadi, jika anda ingin memiliki kasut yang kelihatan ‘trendy’ ini, jangan lupa dapatkannya di butik-butik terpilih.

Sumber: The Vocket