Gambar: 123mamanet

Mesti ramai diantara anda yang sudah arif dengan khasiat yang terkandung dalam kebanyakan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan juga bahan makanan lain tetapi jarang ambil tahu berkenaan rempah ratus yang menjadi bahan perisa dalam amalan pemakanan seharian kita.

Bagi menu orang Asia, penggunaan rempah dan herba adalah salah satu kemestian dalam hidangan lazim seperti rendang, kari, acar sehinggalah penyediaan kuih muih tradisional. Secara tidak langsung, rempah yang dibawa dan diperkenalkan oleh saudagar India ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melaka dulu, ada kebaikannya dan berikut adalah senarai beberapa jenis rempah dan herba yang sering anda gunakan dalam masakan.

1. Serbuk Cili

Gambar: Pepperscale

Sumber yang baik untuk vitamin A & C serta kaya dengan potassium dan zat besi. Ia melancarkan aliran darah, melegakan aliran pernafasan yang tersumbat, mengurangkan kolestrol, meningkatkan imuniti, mengelak jangkitan ulser dan mengurangkan risiko kencing manis.

2. Pelaga

Gambar: Lamanseri

Sumber yang bagus untuk magnesium, serat dan zat besi selain zink, kalsium, vitamin C, dan potassium. Ia bgaus untuk detoks tubuh, memperbaiki buah pinggang, pundi kencing dan sistem penghadaman. Ia juga dikatakan bahan yang baik untuk hilangkan nafas berbau.

3. Halia

Gambar: Wahsixtythreetrading

Cukup dikenali sebagai bahan yang mampu mengurangkan motion sickness , pening, sakit perut dan juga boleh membantu athtritis kerana kaya dengan magnesium, potassium dan vitamin B6. Ia juga dikatakan membantu meningkatkan fungsi antibodi dan menggalakkan perpeluhan.

4. Rosemary

Gambar: Montereybayspicecompany

Bantu melawan obesiti, penyakit hati, gastrik, penyakit kolestrol, penyakit berkaitan paru-paru seperti athma dan edema.

5. Thyme

Gambar: Thespice&teaexchange

Daun herba kering adalah sumber terbaik untuk vitamin K dan juga zat besi, kalsium, serat serta magnesium. Daun segar ini juga kaya dengan vitamin C, dan juga dikatakan dapat membantu kesihatan otak sebagai pelindung sel dan antioksidan.

6. Bawang Putih

Gambar: Merdeka.com

Bahan masakan ini dikatakan dapat mengelakkan jangkitan kulat, mencegah jangkitan bakteria kerana ia kaya dengan magnesium, vitamin B1, B6, dan C selain kalsium, fosforus dan protein. Ia juga bagus untuk mengurangkan kolestrol dalam darah dan menurunkan tekanan darah.

7. Bawang Merah/Besar

Gambar: Ramenpedasdotcom

Sumber terbaik chromium, vitamin C, serat serta vitamin B6. Ia juga dikatakan dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular selain kesihatan tulang dan tisu sendi.

8. Kayu Manis

Gambar: Hellosehat

Rempah popular ini kaya dengan magnesium selain menjadi sumber zat besi, serat dan kalsium. Dipercayai dapat menurunkan kandungan gula dalam darah, meningkatkan kadar metabolisme, kawal dan memperbaiki kesihatan kardiovaskular.

9. Kunyit

Gambar: Hellosehat

Ia membantu mengelakkan sel barah dari merebak, memperbaiki fungsi hati, mengurangkan kolestrol dan dikatakan mungkin membantu mengelakkan penyakit Alzheimer. Kunyit kaya dengan manganese, zat besi, vitamin B6, serat dan potassium.

10. Paprika

Gambar: Stuartspices

Ia kaya dengan serat, vitamin A, B6, C, K, dan E selain zat besi dan juga potassium. Ia bagus untuk menghalang penyakit berjangkit serta sebagai antioksidan.

11. Parsli

Gambar: Glamour

Ia membantu meneutralkan bahan yang dapat mengelakkan ketumbuhan kerana ia kaya dengan vitamin A, K dan C selain zat besi dan folat. Ia juga bagus sebagai antioksidan, memperbaiki kesihatan jantung dan dikatakan baik untuk merawat sesetengah kanser dan arthritis.

12. Oregano

Gambar: Stylecraze

Sebagai sumber terbaik vitamin K, ia adalah antara sumber semulajadi asid lemak Omega-3 selain kalsium, vitamin A dan C. Ia juga bagus sebagai anti bakteria dan antioksidan.

Sumber: Eh!