Gambar: Businessinsider

Apabila ingin mengembara atau menaiki pesawat penerbangan, pasti semua orang ingin merasa selesa seperti penerbangan kelas pertama. Namun, harga penerbangan kelas pertama sudah pastinya lebih mahal dari kelas ekonomi.

Ini adalah 10 tips berguna untuk memastikan bahawa keselasaan penerbangan ekonomi anda lebih kurang seperti penerbangan kelas pertama.

1. Bantal Leher

Gambar: Brookstone

Kebiasaanya, penerbangan biasa tidak akan menyediakan bantal leher untuk penumpang mereka. Jadi untuk merasa lebih selesa, gunakan bantal lembut yang membaluti leher bagi memastikan anda sentiasa selesa dan dapat tidur dengan nyenyak.

Harga bantal tersebut tidak begitu dan ia boleh didapati di serata kedai dan jika bernasib baik, anda boleh mendapatkannya dengan harga serendah RM10.

2. Stokin ‘compression’

Sesetengah orang akan mengalami lenguh-lenguh kaki dalam penerbangan yang panjang. Jika anda tidak mampu untuk membeli tiket penerbangan kelas pertama yang menawarkan ruang lebih luas bagi kaki anda, anda boleh pakai stokin compression yang boleh mengelakkan lenguh dan kebas kaki.

3. Fon Kepala

Gambar: Inspiringtravellers

Jika menaiki penerbangan kelas biasa, anda akan lebih berhadapan dengan pelbagai gangguan bunyi seperti tangisan bayi, penumpang yang ramai dan jarak duduk yang rapat dengan anda, dan sebagainya.

Untuk menjadikan perjalananan anda lebih tenang, apa kata dapatkan fon kepala untuk anda mendengar muzik? Dengan cara itu, anda tidak akan terganggu dengan bunyi-bunyi yang tidak menyenangkan.

4. Bawa Bekal Makanan

Sesetengah penerbangan menawarkan snek dengan harga yang agak tinggi. Adalah lebih berbaloi jika anda membawa bekal makanan anda sendiri di dalam pesawat. Ini dapat menjimatkan kos anda.

Nikmati hidangan yang dibawa seperti snek atau sandwich tanpa perlu berbelanja besar, malah kemungkinan makanan yang dibawa jauh lebih baik berbanding apa yang dijual oleh penerbangan itu.

5. Penutup Mata

Gambar: Sleepsugar

Penutup mata berupaya menghalang cahaya supaya anda dapat tidur dengan nyenyak tanpa sebarang gangguan. Untuk lebih selesa, anda boleh dapatkan penutup mata lembut yang diperbuat daripada fabrik baldu bagi memberi sentuhan kemewahan dan keselesaan tidur dalam penerbangan anda.

6. Muat Turun Filem Kegemaran

Penerbangan kelas pertama pastinya memberikan kemudahan untuk menonton filem dan sebagainya. Tetapi jangan risau kerana anda juga boleh merasai pengalaman itu menerusi penerbangan murah.

Anda boleh sahaja memuat turun filem kegemaran anda ke dalam peranti seperti telefon bimbit atau ipad dan menontonnya ketika sedang berada di dalam pesawat. Malah, filem yang telah siap dimuat turun tidak perlu menggunakan akses internet.

7. Kekalkan Hidrasi Tubuh

Gambar: Dailymeal

Pastikan badan anda sentiasa cukup air. Di dalam penerbangan, anda harus memastikan bahawa anda sentiasa minum air dari semasa ke semasa.

Anda boleh membawa botol air kosong then isi air di lapangan terbang untuk memastikan anda sentiasa mempunyai air bersama anda.

8. Pilih Laluan Terbaik

Penerbangan anda pastinya akan lebih selesa dan fleskibel jika berupaya memilih laluan yang tepat. Contohnya, pilih laluan penerbangan yang lebih pendek dan kurang penumpang. Besar kemungkinan hanya ada beberapa orang sahaja di barisan tempat duduk anda. Anda akan berasa lebih selesa dan lebih privasi.

9. Kekalkan Kebersihan Dengan Tisu Anti Bakteria

Gambar: Thenewyorktimes

Penerbangan murah dan sentiasa dipenuhi orang ramai pastinya bukanlah tempat yang bersih. Jadi, sebaiknya anda bersihkan tangan dengan pengelap anti bakteria bagi mengelakkan sebarang jangkitan bakteria.

10. Pakai Beberapa Lapis Baju

Suhu didalam pesawat kadang-kala panas, boleh jadi juga ia terlampau sejuk. Lebih selamat sekiranya anda memakai t-shirt dan baju panas.

Jika sejuk, boleh sarungkan baju panas. Jika suhu mengingkat, buka sahaja baju panas, anda masih ada baju t-shirt. Senang dan lebih selesa bukan?

Sumber: mStar