Siapa je yang taknak pergi bercuti bukan? Jika hendak pergi bercuti, pasti banyak persiapan yang perlu dibuat.
Terdapat banyak perkara yang perlu diambil berat apabila ingin bercuti terutamanya kepada ‘newbies’ yang baru belajar untuk menjadikan ia sebagai hobi dan aktiviti mengisi masa lapang.

Berikut adalah 10 tips menarik yang boleh digunakan jika mahu pergi mengembara:

1. Lokasi Yang Mudah

Gambar: Lovewithtravel

Bagi memulakan satu perjalanan yang baru, kita perlu memilik lokasi yang mudah untuk dituju. Tidak kira ianya mudah dari segi pengangkutan, penginapan ataupun soal makanan. Mulakan langkah dengan lokasi yang anda selesa atau tahu banyak info tentangnya.

Seperti contoh, anda melancong ke Kashmir, India dan itu merupakan trip pertama anda ke sana. Pastikan anda sudah membuat kajian yang terperinci tentang kawasan di sana terlebih dahulu.

2. Data Internet

Gambar: Travellingmailbox

Akses internet sangat penting bagi mereka yang tidak boleh berpisah dengan sosial media terutama sekali bagi penggemar fotografi. Pasti mereka ingin mengambil banyak gambar yang menarik dan berkongsi di sosial media semasa melancong ke luar negara.

Pastikan anda sudah membuat beberapa survey tentang pelan internet yang murah di destinasi percutian tersebut. Kebiasaanya pelancong akan beli sim kad yang murah tetapi dengan data internet yang banyak dan laju. Anda boleh pilih untuk beli ketika berada di lapangan terbang ataupun di mana-mana kedai telekomunikasi yang lain.

3. Beg Yang Sesuai

Gambar: IBDrelief

Bagi yang sering melancong, mereka pasti sudah tahu apa yang perlu dan tidak perlu untuk dibawa ketika melancong dan beg yang sesuai. Kebanyakan pelancong yang berpengalaman, mereka hanya akan membawa beg galas sahaja dan bukannya beg roda kerana ianya boleh dikatakan agak leceh.

Jika anda cuma membawa beg galas belakang, tak perlu risau jika perlu mendaki untuk sampai ke tempat penginapan. Lagi pula kalau bawa beg roda, nanti bila dah sampai waktu untuk pulang ke tanah air, beratnya pasti akan bertambah daripada sebelum anda datang ketika mahu bercuti.

4. Peranti Gajet

Gambar: Greatist

Jika anda jenis yang suka meluangkan masa dengan gajet ketika beruti, pastikan anda memiliki laptop ataupun kamera yang mudah dibawa serta ringan untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Headphone ataupun earphone pastinya menjadi peneman bagi anda yang sedang bercuti sambil menghabiskan masa melayari internet.

5. Bawa Pakaian Yang Patut Sahaja

Gambar: kth.se

Setengah orang mempunyai masalah ketika mahu mengemas pakaian ketika mahu bercuti. Mereka tidak tahu pakaian apa yang perlu dipakai ketika bercuti. Kalau hanya bercuti selama tiga hari dua malam, jangan pula dibawa baju sehingga sepuluh pasang! Pakaian yang tidak diperlukan hanya akan memenuhkan ruang di dalam beg anda sahaja.

Jangan risau, anda boleh mencuci pakaian ketika bercuti dengan menggunakan perkhidmatan basuhan di hotel. Tapi kalau rajin, apa salahnya basuh guna tangan.

6. Data ‘backup’

Malang pastinya tidak berbau dan tak ada siapa yang tahu bila sesuatu musibah itu akan menimpa kita. Sebelum ditimpa musibah seperti kehilangan telefon bimbit ataupun kamera, lebih elok jika anda membuat backup simpanan bagi gambar-gambar mahupun video sepanjang percutian.

7. Aplikasi Memudahkan Perjalanan

Google Translate bagaikan satu kemudahan magis yang perlu anda gunakan jika berada di luar negara.
Lagi-lagi jika anda ke negara yang kebanyakan penduduknya tidak tahu berbahasa Melayu atau Inggeris, pastinya ia menjadi aplikasi pilihan anda semasa ebrcuti.

Selain itu, Google Map juga penting bagi anda yang bercuti sendirian atau digelar sebagai travel solo kerana mahukan cabaran. Google Map boleh bantu anda kemana-mana sahaja yang anda mahu pergi tanpa risau kerana ia juga turut mempunyai pilihan pengangkutan yang anda mahu.

8. Menginap Di Asrama

Gambar: Centralbackpackershostel

Jika anda merupakan seorang backpackers, pastinya penginapan di asrama menjadi pilihan utama anda. Kebanyakan pelancong yang melancong ke luar negara memilih penginapan seperti asrama kerana ia lebih murah dan jika bernasib baik, layanan pekerja lebih mesra daripada hotel yang jauh mahal harganya.

Terdapat banyak laman web yang menawarkan harga serta jenis asrama pilihan untuk anda, tapi sebelum itu pastikan anda membaca ‘review’ daripada penyewa yang lain terlebih dahulu.

9. Jaga Telefon Bimbit

Biasanya kalau dah seronok bercuti pasti anda akan ralit menikmati keindahan kawasan yang anda kunjungi. Tapi, jangan sampai barang paling berharga milik anda pula yang hilang! Telefon bimbit mungin merupakan satu gajet yang mudah unfuk dimiliki tetapi isi di dalam telefon bimbit itu lebih bernilai daripada harganya sendiri.

Bayangkan jika gambar peribadi, serta data anda jatuh ke tangan oran yang tak bertanggungjawab, apa agaknya yang akan terjadi? Jadi pastikan telefon bimbit mempunyai kata kunci agar ianya tidak mudah untuk diceroboh oleh orang lain ketika anda sedang melancong di dalam mahupun di luar negara.

10. Jaga-jaga Dengan Penyeluk Saku

Bayangkan ketika anda sedang bersesak ketika menaiki subway di luar negara, tiba-tiba anda dapati telefon bimbit atau dompet anda tiada di dalam beg anda? Rupa-rupanya barang itu sudah selamat berada di tangan orang yang tak sepatutnya ketika anda meletakkan beg itu di belakang anda. Tak salah jika kita mempunyai perasaan lebih berhati-hati ketika melancong.

Berhati-hati dengan keadaan sekeliling supaya anda dapat mengelak perkara yang tidak sepatutnya terjadi akibat kerana kelekaan anda sendiri.

Adakah anda sudah bersedia untuk menghabiskan hari minggu anda di mana-mana lokasi percutian? Selamat bercuti!

Sumber: Mynews Hub