Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr Siti Mariah Mahmud, menyatakan Kementerian Kesihatan telah mengesahkan bahawa negeri Selangor mencatat lapan kluster aktif termasuk tiga kluster di Klang.

Gambar sekadar hiasan

Menurutnya, Klang kini diwartakan zon merah dan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) mulai hari ini sehingga 23 Oktober depan.

“Mukim Klang mencatatkan 79 kes aktif dan 24 daripadanya adalah kes import B (Sabah). Bagaimanapun semua kluster adalah terkawal dan proses pengesanan kontak sedang dilaksanakan,” ujarnyaa.

“Kluster pertama adalah kluster Jalan Apas, Sabah membabitkan sembilan kes yang dijangkiti daripada individu yang pulang dari Sabah selepas menghadiri majlis perkahwinan di Jalan Apas, Tawau,” jelasnya.

Gambar sekadar hiasan

“Kluster kedua pula membabitkan pendatang asing tanpa izin (Pati) Pandamaran berjumlah 15 kes, dengan semua mereka berada dalam tahanan polis, manakala kluster ketiga adalah Kluster Jalan Meru membabitkan kakitangan sebuah syarikat yang menghadiri mesyuarat syarikat,” katanya.

Ini lapan kluster aktif dalam Selangor:

  1. Kluster Jalan Apas, Sabah – 9 kes
  2. Kluster Pandamaran (PATI) – 15 kes
  3. Kluster Jalan Meru – 68 kes (jangkitan terkawal)
  4. Kluster Bah Puchong – 5 kes
  5. Kluster Seri Setia – 4 kes
  6. Kluster Jelok – 5 kes
  7. Kluster Seri Anggerik – 17 kes
  8. Kluster Embun – 7 kes

“Masyarakat diharap dapat memainkan peranan penting dengan mengikuti arahan Majlis Keselamatan Negara, mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan wabak dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak bertanggungjawab,” sambungnya lagi.

Sumber: Harian Metro