Wanita dan mekap sememangnya tidak dapat dipisahkan. Kini, semakin ramai wanita memakai mekap dalam kehidupan seharian mereka sama ada keluar bekerja atau beriadah bersama keluarga.

Sesiapa yang menggunakan mekap pastu tahu mengenai kewujudan air ‘ajaib’ yang dikenali sebagai micellar water kerana ia dapat menanggalkan mekap tebal dengan bersih. Antara micellar water yang terbaik anda boleh gunakan adalah:

1. Bioderma Sensibio H2O Make-up Removing Micelle Solution

Produk jenama ini mampu menanggalkan mekap kalis air dengan mudah sekali. Malah, ia juga sesuai untuk kulit sensitif di samping membantu mengekalkan lapisan luar kulit serta mengandungi bahan-bahan dermatologi aktif yang hampir dengan komposisi kulit anda.

2. Simple Micellar Cleansing Water

Jenama ini sudah lama diketahui sebagai produk mesra kulit kerana tiada penggunaan bahan berbahaya. Produk ini boleh menghidrat kulit sambil membersihkan semua kotoran dan kusam dari wajah anda. Ia juga mengandungi campuran bahan semulajadi yang terbaik untuk kulit wanita.

3. Garnier SkinActive Micellar Cleansing Water

Ramai wanita menggunakan micellar water jenama ini kerana ia menghilangkan kotoran sambil membersihkan muka anda dengan satu sapuan sahaja. Selain itu, ia boleh digunakan sebagai toner selepas anda mencuci muka.

Jika anda pergi berkhemah atau berada di lokasi yang tiada sumber air bersih, produk ini boleh ‘menyelamatkan’ muka anda kerana boleh digunakan tanpa perlu dibilas.

4. L’Oreal 3-in-1 Micellar Water

L’Oreal 3-in-1 Micellar Water pula dibuat dengan teliti untuk menghilangkan mekap terutama pada bahagian bibir dan mata. Diperbuat daripada teknologi micellar baru dan mengandungi molekul micellar yang unik, ia meninggalkan kulit anda terhidrasi dan segar selain sesuai untuk kulit sensitif, berminyak dan kombinasi.

5. Biore Micellar Cleansing Water

Terakhir sekali, produk ini boleh membersihkan mekap dengan bersih, cepat dan berkesan sekali terutama pada bahagian bibir dan mata.

Diperbuat khusus untuk kulit jenis kombinasi, produk ini tidak akan memberikan kesan kerengsaan pada kulit anda, malah membuatkan kulit terhidrasi dan segar.

Sumber: Wanista